Thursday, December 9, 2010

What is MGTT?

Gestational diabetes, dikenali juga sebagai gestational diabetes melilitus, GDM atau diabetes semasa mengandung. Sebelum ni aku tak pernah terfikir yang aku juga akan memasuki senarai menghidap diabetes apatah lagi semasa mengandung. Diabetes tu penyakit kencing manis.. Gestational Diabetes ni terjadi kepada 5% daripada semua perempuan mengandung. So, takla besar sangat..

Aku check up di HUKM dengan Dr. Lim pada 29hb November, Dr Lim suspected aku kena diabetes sebab baby aku besar daripada sepatutnya.. ohh yee.. patutla aku rasa memang besar, tendangan baby juga sangat padu.. huhu..so doktor arahkan aku untuk buat MGTT. Aku pun yang memang kebetulan ade beli buku Parenthood keluaran November 2010 mula membelek kembali mukasurat pasal diabetes ni..maklumla buku tu lama dah beli tapi belum khatam lagi membacanya..

MGTT tu ialah singkatan kepada Maternal Glucose Tolerance Test, ujian ni hanya perlu dilakukan kepada perempuan mengandung yang berisiko diabetes seperti ada history diabetes semasa mengandung anak terdahulu, sejarah keluarga yang menghidap diabetes, sejarah pernah mengandung dengan baby besar, current pregnancy yang baby besar ataupun berat ibu mengandung tu melebihi 80kg..

Macammana ujian tu dibuat?
Ujian ni tak susah pon, malam sebelum ujian tu dah kena berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam.. so. dalam pukul 12 malam dah boleh berpuasa.. aku puasa start 10 malam.. minum air kosong je boleh.. pukul 8 pagi esoknya ambil darah (dalam 3 tiub), tambah lagi dengan Dr pelatih yang datang mintak izin nak amik 3 ml daripada darah aku untuk buat ujian dia sendiri. Aku pun bagila..mood tengah baik.. Dr tu pon nak belajar.. lepas tu minum air glucose 75gm bersamaan dengan satu mug saiz biasa tu. Memang manis bangat.. sah-sah aku ni memang bukan seorang yang kuat minum atau makan makanan manis. Sangat tak best untuk tekak.. huhu.. tunggu 2 jam.. untuk repeat semula ujian darah..

Risiko kepada bayi yang belum lahir?
Diabetic mother ni akan melahirkan baby yang besar sekiranya sugar level tidak dikawal. Kesannya ialah kesukaran melahirkan baby yang memungkinkan injured kepada baby. Risiko tinggi menghidap jaundice (demam kuning) juga dalam minggu pertama lepas kelahiran. Baby jugak akan menpunyai sugar-level yang rendah dalam darahnya yang boleh membahayakan. Komplikasi yang paling bahaya ialah sudden death intra uterine, terjadi bila-bila masa during the last month of pregnancy. Delayed lung maturity pon salah satu potensi hingga baby kena stay kat ICU lepas kelahiran.

Risiko kepada ibu?
Kesukaran melahirkan baby yang besar boleh injured kan baby dan ibunya harus melaui pembedahan, kemungkinan untuk melahirkan secara normal sangat rendah.

Oleh itu, aku terpaksa jaga makan.. kurangkan makan dan minum manis-manis.. kena banyak minum air masak je..makan buah-buahan banyak sikit.. still waiting for the result.. huhu..

No comments:

Post a Comment