Pehal tajuk aku cenggitu? Tiru tajuk dalam buku Parenthood yang aku baca..sebabnya..baru aku tahu setelah aku mengalami sendiri pada 28 November 2010 di pantai remis..apekah sebenarnya yang fishy?
Alkesahnya nak makan-makan sempena birthday aku, ditaja oleh encik husband (refer to blog encik husband). Kebetulan ramai plak balek umah parents aku kecuali adik yang pompuan tu. Punyalah order macam-macam ikan kerapu, siakap, mentarang, sotong, udang, tomyam yang dimasak dengan pelbagai resepi.. aku pon duk pulun la makan bersungguh-sungguh sampai takbleh masuk perut lagi dah..
Sampai je kat rumah, aku rasa pening-pening and loya-loya dah..nape ekk?kejap-kejap aku baring..sebab pening..padahal malam tu nak kena balek KL dah, esoknya keje.. tapi badan ni lemah je plak.. perut kenyang sangat ke? Masa Along siap-siap nak balek KL, aku pon nak menyusul balek KL jugakla. Masuk toilet dulu sebelum balek. Bukak je pintu toilet, terus tersembur semua makanan dalam perut ke dalam mangkuk tandas tu.. apehal?perasaan tu sama sangat macam aku nauseas masa awal pregnancy dulu.
Lepak dulu, tak jadik nak balek..sambil rileks tu, mama suh makan gula-gula, pening lagi..gula-gula belum abes makan dalam mulut lagi dah pi muntah lagi.. pastu mama suh makan aiskrim plak.. ok lagi.. ajak encik husband balek.. baru je keluar simpang rumah.. aku dah mencarik plastic dalam handbag.. muntah lagi.. hampeh.. badan dah weak sangat-sangat.
Sampai umah kat KL, muntah lagi sebelum masuk tido.. camne nih? Bila tido, aku terpaksa bangun sebanyak 20 kali untuk pergi toilet.. minum air masak pon perut takleh nak accept dah. Boleh ade perasaan nak tido je dalam toilet tu.. senang takyah lari-lari ke toilet.. encik husband pon tak larat nak bangun tengok aku dah sebab banyak kali sangat. Bangun pagi pergi HUKM untuk checkup, minum susu bagi isi perut.. namun..tak berhasil.. aku muntahkan juga.. terpaksa mintak MC daripada Dr. Lim sampaikan Dr Lim offer MC 2 hari, oohh tidak.. gaji aku kena tolak 2 hari tu banyak sangat.. maklumlah MC dan annual leave dah abes pakai, katanya maybe aku salah makan, tiada kaitan dengan pregnancy.. Alhamdulillah, seb baik takde pape.. tapi hairan sangat.. kalau salah makan.. nape aku sorang je cenggitu? bukan food poisoning pon.. dalam 2 hari jugalah aku nak pulih selera makan..
Artikal dalam majalah Parenthood tu sangat berguna.. 'Something's fishy about that fish'. Sebagusnya ibu mengandung perlu elakkan makan ikan kerana ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi yang boleh affect perkembangan otak dan nervous system. Ikan yang mengandungi merkuri sangat tinggi perlu dielakkan, manakala kandungan merkuri yang tinggi boleh diambil dalam 6-oz sebulan.
Berikut adalah ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi:
Grouper
Marlin
Orange roughy
Tilefish
Swordfish
Shark
Mackerel
Paling rendah kandungan merkuri pula ialah (tak tulis semua sebab panjang senarainya), so boleh ambil 2 kali 6-oz per week:
Anchovies
Butterfish
Calamari - squid
Caviar - farmed
Crab -king
Catfish
Whitefish
Scallops
Herring
Lobster
Salmon
Shrimp
Tilapia
Oysters
Sardines
Berikut adalah ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi:
Grouper
Marlin
Orange roughy
Tilefish
Swordfish
Shark
Mackerel
Paling rendah kandungan merkuri pula ialah (tak tulis semua sebab panjang senarainya), so boleh ambil 2 kali 6-oz per week:
Anchovies
Butterfish
Calamari - squid
Caviar - farmed
Crab -king
Catfish
Whitefish
Scallops
Herring
Lobster
Salmon
Shrimp
Tilapia
Oysters
Sardines
Kemungkinan salah makan yang dimaksudkan ialah keracunan merkuri.. isshh.. aku fobia dah nak makan ikan-ikan tu semua.. aku hanya makan ikan bilis, ikan bawal kecik dah ikan selar/kembung je.. tu pon masak sendiri.. dalam seminggu 3 kali je amek.. cukup sekadar memperolehi protein untuk diet harian aku.. serik dah bile berada salam situasi macam tu..
No comments:
Post a Comment