Tempat: Pandamaran, Klang
Tarikh: 25 November 2010 - 5 Disember 2010
Masa: 9.00am - 6.00pm
Agenda utama pada 28hb November, hari ahad tu adalah semata-mata nak pegi kenduri kawen kat kg kastam, kat dewan kastam tempat aku kawen dulu. Anak kawan abah yang kawen, so pegi la satu family ke sana.. kebetulan mama cakap kilang yang tempat along shopping barang untuk anak dia dulu ade buat sale lagi.. bolehla menyinggah ke sana tengok atau beli ape yang bole..
Kitorang tinggalkan abah ngan kawan-kawannya kat kenduri tu sebab banyak sungguh dia nak bercerita ngan kawan-kawan dia, yelah.. orang dah pencen pastu pindah plak kat klang, tak jumpe la member kastam.
Barang dari kilang ni takdela barang yang branded pon..sebab maybe barang ni pasang kat malaysia tapi buatan China. Banyak sangat barangan permainan kanak-kanak seperti basikal 2 roda, 3 roda, 4 roda, kereta, gelongsor, rumah kecik main pondok-pondok, stroller, car seat, baby cot, playpan dan macam-macam lagila..So, mama suggestkan aku just beli tilam, rocking chair, bedsheet (biru sebab tilam tu tinggal kaler pink je) dan bakul tido baby.. semua sekali RM210 je.. mama belanja RM100.. hehe ok la tu kan.. pasni kena tengok checklist baby ape yang takde lagi.. Next entry nanti bule letak checklist yang patut ade pada setiap bakal ibu..
Bakul isi baby.. bukan isi baju baby..
Kiri tu bedding and the bedsheet, rocking chair still dalam plastic
Aku taktau la barang-barang ni tahan ke tak..mungkin setahan harganya je la.. bukan nak pakai lama sangat pon.. baby tu dah besar takkan nak duk dalam rocking chair atau bakul tu lagik kut..Maka, barang-barang ni aku dudukkan diam-diam kat bilik jugak.. ^_^ Sampai masa untuk basuh sebelum packing dibawa ke Klang untuk proses berpantang.. heee..
No comments:
Post a Comment