Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Hormones and Sweat

Aku tak sure, ibu-ibu lain ade ke tak experience macam aku.. sangat kuat berpeluh.. every single minute berpeluh je.. tapi pengalaman opismate aku camtu la.. senang berpeluh.. tak penah aku rasa macam ni.. sebab aku ni memang jenis tak tahan sejuk.. sekarang kipas nak on full je kat umah.. aircond tak de plak..
Kat opis plak, rajin sungguh managet tu pi off aircond, kalau aku on aircond tu pagi-pagi, by lunchtime dah kena off, issskk.. tak paham-paham ke aku ni panas.. ape la salahnya dia je yang pakai baju sejuk kalau tak tahan sejuk.. aisshh..

Berpeluh ni sebab hormon lagi.. peningkatan blood flow to the skin, peningkatan metabolisma.. itulah penyebab kuat berpeluh tu.. kalau weekend aku kena mandi banyak kali dalam sehari.. lepas mandi pon berpeluh jugak.. kena minum air banyak, pakai baju loose sikit.. tu je la tips bagi comfortable, jangan sampai ruam-ruam plak kat badan sebab kepanasan..

So, experience macam ni masa pregnant je yang bleh rasa tau.. sangat bernilai.. errr.. api neraka lagi panas deeerrr (adnan sempit yang kata okeyy).. :D

Breastfeeding talk

Ada talk pasal breastfeeding masa ngah tunggu turn nak check BP and urine.. bleh pulak aku dapat nombor yang bukan bilik Dr. Lim?masa tu kesilapan kat kaunter la.. tak tengok bebetul appointment aku haruslah dengan Dr. Lim.. so.. tetibe Nurse panggil suh dengar talk pasal breastfeed.. ok la.. aku pon dengar je la.. dalam setengah jam lebih sikit la talk tu.. dan memang bile time tanya soalan.. aku takde soalan pasal aku tak teringat lansung yang aku ni ade amek warfarin, tambah plak aku ni pakai LMWH sehingga bersalin.. itu yang lupe nak tanya.. tapi kalau ikutkan pembacaan dari internet, warfarin takkan bleh cross breast milk.. tapi LMWH tu mungkin buleh..

Setelah sangat bersemangat bila nurse kata first milk yang akan keluar adalah kolostrum yang mempunyai banyak sangat khasiat dan harus diberi kepada baby selepas melahirkan baby tu.. kolostrum tu biasanya keluar dalam 3 hari selepas melahirkan.. maka aku kena tanya semula dengan nurse tu kes special macam aku. Sebelum pegi talk tu pon aku memang sangat berhajat nak menyusukan sendiri anak aku, kalau dapat bagi exclusive breastfeeding bagus jugak, jimat duit, boleh elak jaundice, bagi baby sentiasa rasa dekat ngan ibu.. banyak jugak la kebaikan susu ibu ni.. Sekiranya diizinkan Allah, susu banyak.. boleh la buat exclusive bf macam opismate aku tu..

Lepas dengar talk tu dapatla goodie bag dan brochure pasal penyusuan.. actually carik kat internet pon banyak info.. maybe lepas aku melalui pengalaman tu sendiri bleh la citer lebey-lebey kut.. ibu-ibu kena tahu cara menyusukan yang betul, bagi ibu yang bekerja juga ada cara-cara nak simpan susu.. huihh.. banyak kena blaja nih..


goodie bag tu..


isi dalam goodie bag

Monday, February 28, 2011

Conversion again..

Pada 6 Janurai 2011, ada appointment dengan doktor mengenai conversion from warfarin to heparin, tapi biasala.. dapat doktor lain la pulak, lain doktor lain pulak pandangannya.. cadangan doktor tu:
1. refer ke hukm untuk conversion even though before this suruh IJN yang buat conversion
2.convert ke heparin dengan dos yang lama tanpa admit ward

Aku terpaksa mempercayai option yang pertama sebab bila choice untuk convert ke heparin tanpa admit ward tu adalah sesuatu yang amat menakutkan dan mustahil bagi aku walaupon aku hanyalah patient.. tahap kepekatan darah tanpa dimonitor adalah sesuatu yang aku tak boleh jangkakan.. tak percaya pulak aku pada ape yang doktor ni cakap.. Maka kami mintak doktor tu bagi surat referral ke hukm supaya mengambil alih tugas IJN untuk buat conversion tu.

Surat tu menyatakan bahawa seharusnya convert ke heparin selewat-lewatnya masa kandungan mencecah 36 minggu. Dr Gynae tolong dapatkan appointment cardiology pasal conversion tu. Susah jugak bila lain-lain department ni. Akhirnya masa kandungan dah cecah minggu ke 35, aku jumpa dengan Dr Cardiology, macam-macam soalan kami tanya, menguji tahapo kecerdikan dan kebernasan pendapat doktor tu. Memang doktor tu arif la pasal hal-hal jantung ni. Tapi rupa-rupanya ada pendapat berbeza tentang cara deliver terbaik bagi patient macam aku ni. Gynae lebih menggalakkan deliver normal tetapi Cardio lebih prefer c-section. Tapi sebenarnya Gynae ada cara yang tebaik sekiranya lahirkan baby secara normal iaitu memberi epidural dan bantu guna vakuum/forcep. Cara ni digunakan untuk mempercepatkan 2nd phase during delivery supaya jantung tidak perlu bekerja keras. Pasal fasa-fasa semasa proses kelahiran buleh cerita untuk next entry.. :)

Minggu 36 hampir tiba.. Ingatkan Dr Cardio ni hebat sangat, rupa-rupanya lupa lak dia nak prescribe ubat. Gynae kena amek masa untuk contact Dr Cardio tu. Yang confirmnya, conversion tu haruslah kepada LMWH heparin..sesuatu yang baru.. err.. boleh rujuk kat entry encik husband ni.. sebab dia yang pergi amek ubat tu lepas Dr Lim call aku, ubat dah ada prescription. Aku kena sambung keje sebab amek halfday je hari tu. Malah sangat memeranjatkan bila harga ubat tu tersangatla mahal.. beza ngan heparinol IJN dulu, salah satu sebabnya ubat ni memang sangat bagus tanpa perlu monitor darah pon..sebab memang takde bacaan darah yang perlu diambil macam warfarin-INR dan heparin-APTT. Tambah lagi medical knowledge yang baru bagi aku.. LMWH yang perlu aku ambil dengan dos 4000UI (40mg) ataupon 0.4ml tapi yang bagusnya dah siap-siap dalam syringe, takpayah nak sukat-sukat dah macam dulu tapi still kena inject secara subcutaneous twice daily juga. Just kena beli lagi alcohol swab je.. Kos untuk satu injection adalah RM39.70, maka kena beli 60 injection sebab ada 30 hari sehingga minggu ke 40 nanti.. seb baik dapat diskaun sikit..



Aku still melakukan injection di perut, erm.. walaupon kadang-kadang risau bule tercucuk tak baby dalam perut?hehe.. jarum dia tak panjang sangat tapi kulit tebal+lemak kat perut tu tak mungkin dapat melepasi plasenta.. itu yang doktor cakap and aku baca kat internet.. InsyaAllah semoga baby aku sihat sentiasa.. Amin.. tapi sangat kelakar bila aku tengah inject perut belah kanan, baby pon gerak ke kiri, bila ngah inject belah kiri, dia gerak ke kanan..senget-senget perut ni bila dia beralih.. apepon thanks baby sebab memahami yang ibumu ini harus mengambil injection ni demi nak bawak kamu keluar melihat dunia.. :D

Tuesday, February 15, 2011

What is PUPP?

"Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy is a chronic hives-like rash that strikes some women during pregnancy. Although extremely annoying for its sufferers (because of the itch), it presents no long-term risk for either the mother or unborn child. PUPPP frequently begins on the stomach and spreads to the legs, feet, arms, chest, and neck. Skin distension (stretching) is a common factor in PUPPP, which is more common in mothers with large fundal measurements and/or those who are carrying large babies, twins, and triplets. The papules and plaques often first appear within stretch marks"

Aku baru jugak tau pasal benda ni sebab dah terkena kat aku. Aku ada sebut alergi dalam entry Stretchmarks? sebelum ni. Selepas aku cuba pakai Calamine Lotion nak bagi lega sikit rashes tu.. tak berkurang pon.. makin gatal ade la.. lupe plak nak jaga makan. Aku bedal je semua benda, tu yang menambahkan lagi kegatalan.

Tido malam tak lena asek tergaru sana sini. dah merebak sampai ke ke kaki dan tangan plak dah.. aku pon bengong jugak pasal tak terfikir carik kat internet.. opismate aku ada cakap memang time pregnant ada alah ni.. tapi aku nak tau camne bleh terjadi dan nak kurangkannya. Tu yang terjumpa term PUPP ni.. memang simptomnya pon sama macam ape yang jadik kat aku..mujur takde kat muka..

Pagi Jumaat CNY tu, aku nekad nak g klinik, ade 2 choice klinik yang aku boleh pegi sebab dua klinik ni je yang banyak tahu history aku. Antara Klinik Aminah atau Klinik Azhar, pagi tu try call Klinik Azhar, dekat sikit dengan rumah, Klinik tu bukak plak even public holiday. Dengan cepat aku ajak encik husband ke sana. Rashes kat peha dan perut yang paling ketara tapi doktor tu takmo plak nengok..kat tangan ni sikit je nampak, kecik-kecik je.. ape-ape je la doktor, asalkan buleh bagi makan ubat yang bleh bagi aku tido ngan aman. Piriton is the best antihistamine especially during the pregnancy - "Antihistamine tablets may be prescribed to provide relief from the itch, although they are generally considered much less effective than corticosteroid treatments,and may act as little more than a sleep aid.. "Tapi biasala.. kalau dah namanya ubat selsema yang selalu merangkap sebagai ubat gatal, sure ngantuk.. takleh drive atau jalankan kerja-kerja yang menggunakan mesin. Ubat sapu plak doktor tu suggest calamine lotion gak.. so aku anggap dah setel la..

Tapi pembawakan anak ni memang sangat kuat, aku tetap susah nak lena tido even dah makan piriton tu.. calamine lotion tu pon takleh nak pakai dah.. mula-mula pakai time basah ok lagi.. tapi bila dah kering, MasyaAllah gatal tak hengat. Garu memang la sedap pastu menderita luka-luka dan pedih.. padan ngan muka. Sok lusa berparut la tu..

"The cause of the condition is unknown, but the distension of the skin is thought to play a role as this condition occurs mostly in first pregnancies (primigravida), in the third trimester and is more likely with multiple pregnancies (more so with triplets than twins or than singletons)."

Berdasarkan kenyataan dia atas memang masa minggu ke 35 je aku dah kena rashes ni dan consider ni as first pregnancies aku la.. So, cara nak elak dari gatal-gatal bertambah teruk, elakkan daripada kulit menjadik kering dan mandi air sejuk. Aku dah tak pakai dah water heater kat umah, kerap mandi supaya lega gatal. Aku ajak encik husband lagi pegi Guradian carik sabun hilang gatal plak, aku jumpe shower gel ape tah, banyak brand tapi aku pilih brand tu.. pe nama dah lupe dah.. Sekarang gatal-gatal tu dah kurang.. tapi meninggalkan parut yang dasat sangat.. erm.. kena rajin sapu cream supaya parut bleh ilang dengan cepat.. huhu..

Wednesday, February 2, 2011

Stretchmarks?

Stretchmarks especially during pregnancy memang cukup merisaukan aku.. masuk bulan ke-7, stetchmarks sangat ketara, before this kat perut and belakang je.. aybe sebab awal-awal aku tak prevent, maka semakin merebakla stretchmarks tu.. so aku decide nak beli cocoa butter formula.. brand Palmer tu.


Sekarang ni, satu badan gatal-gatal.. macam rashes je.. tapi cream tu banyak kali dah pakai, takkan menjelang minggu ke 35 ni baru nak alergi? So, pegi Guardian dan beli Palmer Cocoa Butter formula Oil plak.. pakai dalam 2 hari.. still rashes+itchy tu tak ilang gak.. sampai bengkak-bengkak dah aku pi garu.. plus lagi dengan gatal seluruh badan.. berbintik-bintik merah dah..

Disebabkan tak tahan gatal, aku ajak lagi encik husband ke Guardian carik Calamine lotion, supaya gatal tu dapatla dikurangkan.. nak makan ubat gatal merangkap ubat selsema kang susah plak kalau tak di prescribe oleh doktor.. so beli je la Calamine lotion yang ade jual tu.. kurangla aku ni menggaru.. tengok 2 hari ni camne.. kalau tak lega jugak.. kena la p klinik.. macam-macam cobaan sungguh..

Thursday, January 13, 2011

Lena dilulit intan?

Kemalasan meng'update' blog kembali lagi.. huhu.. banyak draft blog yang tak sempat nak sambung. Currently aku dah 32 weeks and 3 days.. scan pada isnin lepas 10/01/2011 kat PPUKM tu dah tunjukkan kepala baby ni dah berada kat bawah.. ohh.. patutla aku rasa sakit je kat bahagian bawah perut ni..perut dah semakim membesar walaupon berat aku still lagi 57kg.. takla berat sangat..hehe..plus aku still tak nampak gemok lagi..Alhamdulillah..asalkan aku dan baby sehat.. berat baby aku dalam 1.7Kg..

Cepat dah rasa letih, sakit belakang..duduk lama-lama pon sakit belakang jugak..ape bleh buat..programmer kejenya duduk ngadap coding je..bangun untuk ke toilet, refill air kat pantry takpon p meja opismate lain.. selebihnya duduk je..letih kan?letih duduk..

Malam-malam aku tak lena nak tido sebab baby sangat aktif malam-malam.. tido mengiring tapi kena lapik bantal bawah perut ni.. still tido aku tak lena jugak.. sebab baby sangat suka bersenam malam-malam..maybe sangat best bila aku duk diam je.. senang baby nak buat ape pon.. smalam pon susah nak lena.. asek terjaga sebab nak kena alih-alih kan perut ni. Bila mintak encik husband pegang perut.. baby terus senyap.. errr.. takut kat ayahnya ke? Petang tadi terbaca plak kat newsletter yang aku subscribe pasal movement baby:

"Here's the funny thing about babies: They like to kick up when their moms are lying down. That's because when you're up and around all day, they're lulled to sleep by the movement. You're also less likely to notice the movement when you're busy and preoccupied.  At night, when you slow down, your baby wakes up and is ready to roll (and punch, and kick, and squirm — not great for a good night's sleep for you, but completely normal). As far as light and dark — it's always pretty dark in your uterus (or at least varying degrees of darkness), so it's too soon to worry about your baby mixing up day and night. If that's the scenario after your baby is born (which is also, unfortunately, completely normal!)"

So, buat ape nak risau sangat..baby memang sangat aktif time malam-malam especially bila maknya tak buat ape-ape.. yang merisaukan aku.. bile agaknya aku ni nak dicucuk dengan heparin?should be at least 36 weeks untuk converting dari warfarin ke heparin bagi megurangkan risiko bleeding masa deliver.. dengan sabarnya menunggu 28hb Januari ni untuk jumpe cardio kat PPUKM..

Saturday, January 8, 2011

Read this..

The very good book yang aku jumpa masa pusing-pusing kat kedai buku Borders.. nama buku tu BabyBook.. bagus sebab panduannya meliputi: getting pregnant, during pregnancy, post natal dan baby. Boleh dikatakan dari A to Z la cerita ceriti dalam buku ni.. senang di bawa jalan-jalan coz kecik je.. harga RM18 je.. tapi yang aku beli ni edisi 2010.. maybe kalau ade yang update 2011 lagi bagus. oh buku ni versi omputeh la..

BabyBook

Magazine pasal baby or parenthood pon bagus jugak.. aku layan jugak PA&MA dan Parenthood. Ada banyak lagi magazine yang sama waktu dengannya kat kedai-kedai, boleh pilih mana nak. Banyak informasi.. walaupon nampak macam old-fashion je pakai buku/magazine ni.. senang carik kat internet je.. tapi kadang-kadang tradisional way iaitu menyimpan buku/majalah ni best gak.. bleh belek lagi kalau diperlukan. Apepon.. internet memang the 1st source/choice untuk dapatkan info.

 
Magazines

Monday, December 27, 2010

Free from..

On 20/12/2010, I went for check up at HUKM alone.. huh.. sangat lama tunggu even aku orang yang ke-2 berjumpe Dr Lim, hampeh.. lebih kurang sejam lebih tunggu, nombor aku dipanggil.. rupanya Dr. Lim takde.. ganti Dr. lain.. takpe..aku takmo tau pon sape Dr lelaki tu.. hehe.. aku tanya keputusan darah MGTT.. Alhamdulillah.. it is normal.. buleh aku makan kembali macam biase, takyah takut-takut untuk minum air selain air kosong.. tapi aku still berjaga-jaga lagi.. memang tak ambil minuman berkarbonat kecuali nak rasa sikitttt je kalau teringin..

So, nak tau berape kandungan gula yang normal dalam darah?Aku punya 4.00++ mMol/L, tak pasti berape yang tepat.. after aku search kat encik google kesayangan.. maka diberitahu di sini bahawa.. (4.4-6.1 mMol/L) adalah normal range untuk blood sugar level kita. Sesape yang dah terkeluar dari range tu, silalah jaga-jaga dengan daily diet kita sebab banyak risiko sekiranya kadar kandungan gula dalam darah tidak dikawal.. seperti dalam entry what is MGTT? .

Friday, December 17, 2010

Something's fishy about that fish?

Pehal tajuk aku cenggitu? Tiru tajuk dalam buku Parenthood yang aku baca..sebabnya..baru aku tahu setelah aku mengalami sendiri pada 28 November 2010 di pantai remis..apekah sebenarnya yang fishy?

Alkesahnya nak makan-makan sempena birthday aku, ditaja oleh encik husband (refer to blog encik husband). Kebetulan ramai plak balek umah parents aku kecuali adik yang pompuan tu. Punyalah order macam-macam ikan kerapu, siakap, mentarang, sotong, udang, tomyam yang dimasak dengan pelbagai resepi.. aku pon duk pulun la makan bersungguh-sungguh sampai takbleh masuk perut lagi dah..


Sampai je kat rumah, aku rasa pening-pening and loya-loya dah..nape ekk?kejap-kejap aku baring..sebab pening..padahal malam tu nak kena balek KL dah, esoknya keje.. tapi badan ni lemah je plak.. perut kenyang sangat ke? Masa Along siap-siap nak balek KL, aku pon nak menyusul balek KL jugakla. Masuk toilet dulu sebelum balek. Bukak je pintu toilet, terus tersembur semua makanan dalam perut ke dalam mangkuk tandas tu.. apehal?perasaan tu sama sangat macam aku nauseas masa awal pregnancy dulu.

Lepak dulu, tak jadik nak balek..sambil rileks tu, mama suh makan gula-gula, pening lagi..gula-gula belum abes makan dalam mulut lagi dah pi muntah lagi.. pastu mama suh makan aiskrim plak.. ok lagi.. ajak encik husband balek.. baru je keluar simpang rumah.. aku dah mencarik plastic dalam handbag.. muntah lagi.. hampeh.. badan dah weak sangat-sangat. 

Sampai umah kat KL, muntah lagi sebelum masuk tido.. camne nih? Bila tido, aku terpaksa bangun sebanyak 20 kali untuk pergi toilet.. minum air masak pon perut takleh nak accept dah. Boleh ade perasaan nak tido je dalam toilet tu.. senang takyah lari-lari ke toilet.. encik husband pon tak larat nak bangun tengok aku dah sebab banyak kali sangat. Bangun pagi pergi HUKM untuk checkup, minum susu bagi isi perut.. namun..tak berhasil.. aku muntahkan juga.. terpaksa mintak MC daripada Dr. Lim sampaikan Dr Lim offer MC 2 hari, oohh tidak.. gaji aku kena tolak 2 hari tu banyak sangat.. maklumlah MC dan annual leave dah abes pakai, katanya maybe aku salah makan, tiada kaitan dengan pregnancy.. Alhamdulillah, seb baik takde pape.. tapi hairan sangat.. kalau salah makan.. nape aku sorang je cenggitu? bukan food poisoning pon.. dalam 2 hari jugalah aku nak pulih selera makan..

Artikal dalam majalah Parenthood tu sangat berguna.. 'Something's fishy about that fish'. Sebagusnya ibu mengandung perlu elakkan makan ikan kerana ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi yang boleh affect perkembangan otak dan nervous system. Ikan yang mengandungi merkuri sangat tinggi perlu dielakkan, manakala kandungan merkuri yang tinggi boleh diambil dalam 6-oz sebulan.

Berikut adalah ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi:
Grouper
Marlin
Orange roughy
Tilefish
Swordfish
Shark
Mackerel

Paling rendah kandungan merkuri pula ialah (tak tulis semua sebab panjang senarainya), so boleh ambil 2 kali 6-oz per week:
Anchovies
Butterfish
Calamari - squid
Caviar - farmed
Crab -king
Catfish
Whitefish
Scallops
Herring
Lobster
Salmon
Shrimp
Tilapia
Oysters
Sardines

Kemungkinan salah makan yang dimaksudkan ialah keracunan merkuri.. isshh.. aku fobia dah nak makan ikan-ikan tu semua.. aku hanya makan ikan bilis, ikan bawal kecik dah ikan selar/kembung je.. tu pon masak sendiri.. dalam seminggu 3 kali je amek.. cukup sekadar memperolehi protein untuk diet harian aku.. serik dah bile berada salam situasi macam tu..

Thursday, December 9, 2010

What is MGTT?

Gestational diabetes, dikenali juga sebagai gestational diabetes melilitus, GDM atau diabetes semasa mengandung. Sebelum ni aku tak pernah terfikir yang aku juga akan memasuki senarai menghidap diabetes apatah lagi semasa mengandung. Diabetes tu penyakit kencing manis.. Gestational Diabetes ni terjadi kepada 5% daripada semua perempuan mengandung. So, takla besar sangat..

Aku check up di HUKM dengan Dr. Lim pada 29hb November, Dr Lim suspected aku kena diabetes sebab baby aku besar daripada sepatutnya.. ohh yee.. patutla aku rasa memang besar, tendangan baby juga sangat padu.. huhu..so doktor arahkan aku untuk buat MGTT. Aku pun yang memang kebetulan ade beli buku Parenthood keluaran November 2010 mula membelek kembali mukasurat pasal diabetes ni..maklumla buku tu lama dah beli tapi belum khatam lagi membacanya..

MGTT tu ialah singkatan kepada Maternal Glucose Tolerance Test, ujian ni hanya perlu dilakukan kepada perempuan mengandung yang berisiko diabetes seperti ada history diabetes semasa mengandung anak terdahulu, sejarah keluarga yang menghidap diabetes, sejarah pernah mengandung dengan baby besar, current pregnancy yang baby besar ataupun berat ibu mengandung tu melebihi 80kg..

Macammana ujian tu dibuat?
Ujian ni tak susah pon, malam sebelum ujian tu dah kena berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam.. so. dalam pukul 12 malam dah boleh berpuasa.. aku puasa start 10 malam.. minum air kosong je boleh.. pukul 8 pagi esoknya ambil darah (dalam 3 tiub), tambah lagi dengan Dr pelatih yang datang mintak izin nak amik 3 ml daripada darah aku untuk buat ujian dia sendiri. Aku pun bagila..mood tengah baik.. Dr tu pon nak belajar.. lepas tu minum air glucose 75gm bersamaan dengan satu mug saiz biasa tu. Memang manis bangat.. sah-sah aku ni memang bukan seorang yang kuat minum atau makan makanan manis. Sangat tak best untuk tekak.. huhu.. tunggu 2 jam.. untuk repeat semula ujian darah..

Risiko kepada bayi yang belum lahir?
Diabetic mother ni akan melahirkan baby yang besar sekiranya sugar level tidak dikawal. Kesannya ialah kesukaran melahirkan baby yang memungkinkan injured kepada baby. Risiko tinggi menghidap jaundice (demam kuning) juga dalam minggu pertama lepas kelahiran. Baby jugak akan menpunyai sugar-level yang rendah dalam darahnya yang boleh membahayakan. Komplikasi yang paling bahaya ialah sudden death intra uterine, terjadi bila-bila masa during the last month of pregnancy. Delayed lung maturity pon salah satu potensi hingga baby kena stay kat ICU lepas kelahiran.

Risiko kepada ibu?
Kesukaran melahirkan baby yang besar boleh injured kan baby dan ibunya harus melaui pembedahan, kemungkinan untuk melahirkan secara normal sangat rendah.

Oleh itu, aku terpaksa jaga makan.. kurangkan makan dan minum manis-manis.. kena banyak minum air masak je..makan buah-buahan banyak sikit.. still waiting for the result.. huhu..

Friday, December 3, 2010

Right time to choose name..

Start tahu je jantina anak pada minggu ke 20, dah boleh memikirkan nama anak..during my 25th weeks pregnant, nama dah siap dipilih setelah melalui tapisan..ambil pendapat family-in-law n family sendiri.. rasanya finally, my husband jugak yang pick up the name.. it's ok.. nice jugak.. nasib baik tak lewat sangat pilih nama. Ni ade beberape tips nak pilih nama based on ape yang aku carik kat internet n daripada pembacaan aku:
  1. Pilih nama yang memberi makna terutamanya dalam Islam sebab memanggil nama tu merupakan suatu doa..  anak merupakan rezeki Allah kepada aku..walaupon terpaksa melalui saat2 yang sukar.. maka nama yang bermakna rezeki menjadi pilihan aku.. ^_^
  2. Pilih nama yang tidak terlalu panjang.. disebabkan nama husband aku dah panjang, maka nama anak takbleh panjang2 dah.. lagipon sian kat anak tu lama nak menulis nama bile dah sekolah nanti..
  3. Pilih nama yang senang dieja.. pon perlu juga sebab takdela orang asek tersalah eja nama anak kita.. takpun anak kita pening nak eja nama sendiri..
  4. Elakkan memilih nama-nama yang mempunyai makna yang kurang baik dan dilarang dalam Islam.. sama jugak macam no. 1 tu.. sebab nama tu merupakan suatu doa..
So, lepas dah ade nama.. dah boleh start panggil nama baby dalam perut.. sebab time ni baby dalam perut dah boleh mendengar kata-kata mak ayah dia..

Wednesday, December 1, 2010

Wonderful Finale

Minggu 25 dan 26
Badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Minggu 27
Bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Minggu 28
Bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu kita juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi.

Minggu 30
Pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan kita tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya.

Minggu 31
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu 32
Bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah.

Minggu 33
Bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal kita lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya kita perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana kita mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu 34
Kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu 35
Kita akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Minggu 36
Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus kita pada ketika ini. Kita akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Minggu 37
Kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Minggu 38
Kita tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Minggu 39
Saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu 40
Minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Kita akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Kita juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.

Thursday, November 25, 2010

Wonderful Part IV

Cont' from previous entry.. Wonderful Part III

 
Minggu 19
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Aku: Setakat ni alhamdulillah..belum ade tanda2 stretchmarks lagi kat perut..maybe belum lagi..

Minggu 20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Selain itu juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Aku: Makin hari makin aku rasa movement baby. Buat detailed scan lagi di HUKM, nak pastikan baby dalam keadaan normal.. wohoo.. cangih mesin scan tu.. 4D punya.. clear sangat2 nampak baby tu..patutla movement dia makin hari makin banyak.. rupanya.. 360darjah berpusing.. kejap terlentang.. kejap2 terlangkup.. malu2 tapi mahu..taknak jugak tunjuk muka.. makin risau aku.. surprise la tuh konon.. maka staff tu pon scan la bahagian lain dulu walaupon biasanya akan scan dari bahagian atas ke bawah.. antaranya:
1. Tunjuk kat mana tangan.. ade kanan dan kiri.. jari insyaAllah cukup..
2. Peha dan kaki kanan dan kiri.. ukur tapak kaki cantik tapak kaki dia..
3. Bahagian kepala, otak..
4. Tulang belakang..
5. Buah pinggang
6. Concentrate kat jantung.mana aorta, ade 4 chamber, flow in flow out pon ok.. setakat ni nampak takde jantung berlubang.. (maybe since aku ade history Mitral Valve Replacement tu) macam2 lagi scan la sampai tak ingat dah..
7. Last sekali baru baby pusing tunjuk muka tu pon lepas kena tolak2 sikit..



Alhamdulillah.. tu pon dah syukur kepada Allah dah.. Sehat tubuh badan.. Selain daripada itu, aku still lagi berdoa supaya Allah sempurnakan anak aku fizikal dan mental..Amin..

Minggu 21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang.
Aku: Memang dah start saket2 belakang. Berbekalkan bantal kecik tempat bersandar kat workplace ni, harap memadai untuk menghadap pc dalam jangka waktu yang lama. Darah menjadi semakin pekat, Warfarin dari 3mg kena up sikit jadik 3.5mg.. dosage yang tinggi sikit, bila tanya pharmist kenape suddenly darah jadik pekat?rupaya memang ibu2 yang mengandung ni.. darah dia akan pekat sikit bagi kemudahan bila bersalin.. darah cepat beku, maka luka lekasla baik..

Minggu 22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi juga menjadi semakin aktif. Ibu-ibu sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi.
Aku: Lebih suka mengusap perut as a tanda kasih sayang aku kat dia..sengal jugak perut ni bila baby selalu gerak2 especially bila dengar lagu, lebih kuat lagi sewaktu dibacakan ayat-ayat dalam Al-Quran..

Minggu 23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Aku: It is true, kulit muka takde masalah.. lebih halus n licin.. tak tipu punya..

Minggu 24
Berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya didapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Aku: Selera pon dah bertambah2 bile masuk 2nd trimester ni.. berat naik dah sehingga 53.5kg.. happy walaupun tak gemok.. Alhamdulillah muka tak sembap pon lagi.. minum air masak makin banyak..maka buang air pon makin kerap.. badan cepat berpeluh..

Wednesday, November 24, 2010

Wonderful Part III

Cont' from previous entry.. Wonderful Part II

Minggu 13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.
Aku: Dr Mahmood yang merawat aku sewaktu procedure stabilisation di IJN order start warfarin pada minggu ke 14 dan stop heparin pada minggu ke 15. Warfarin ni ambil masa untuk serasi semula dengan darah dan bagi mendapatkan bacaan INR yang sesuai untuk aku.. (within range 2.5-3.4). Aku berjaya melalui tempoh 1st trimester! sampai dah raya pon! Sangat happy sebab tak perlu cucuk lagi di perut, tapi sangat susah hati bila dah mula start warfarin semula.

Minggu 14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya.
Aku: Baju-baju dan seluar-seluar baru dah dibeli sebab banyak dah tak muat. Perut semakin membesar. Masalah sembelit kerap pulak..even banyak makan buah2an..sebab tekak rasa nak makan buah-buahan untuk hilangkan nauseas. Hahaha.. petanda jantina anak..

Minggu 15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan.

Minggu 16
Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu 17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen.

Minggu 18
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Aku: Masa ni aku dah rasa ade 'butterflies in the stomach'.. hehe bukannya nerveous..tapi memang macam ade movement dalam perut..tapi sikit sangat..

to be continue..

Wonderful Part II

Cont' from previous entry.. Wonderful Part I

Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan..
Aku: Setelah diyakini aku boleh cucuk heparin dengan sendiri, aku pon discharge dari wad pada 12/07/2010 dan MC sehingga 15/07/2010. Mintak IJN plak refer kan ke gynee HUKM.. nak follow up n beranak kat sana..Still aku taktau condition janin dalam perut aku ni..

Antara alatan mencucuk: heparin, picagari, jarum cucuk untuk ambil heparin (panjang sikit pun takpe), jarum pendek untuk cucuk kat perut dan jugak alcohol swab (sapu botol sebelum ambil ubat dan sapu perut sebelum cucuk)


Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Aku: First time datang appointment di HUKM, macam diorg takmo amek kes aku je.. ahhh. sume hospital camtu..takut amik patient berisiko cam aku..abes.. ape guna teknologi canggih2 plus ngan doktor buat research yang macam2.. kasik experimen la ini patient..

Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pda kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Aku: masa ni aku dah rasa sangat letih sangat penat sangat mengantuk..lesu sangat2..minggu ni jugak aku dah sensitif pada bau..Mula neasus and vomiting all day long. Aku dah tak suffer morning sickness macam orang lain coz aku suffer dari pagi sampai malam..very severe morning sickness, aku mengalami hyperemesis gravidarum..Huh.. ibu2 yang terpilih je (1% in all pregnancies) boleh merasa betapa sukarnya nak menghadapi tiap2 hari waktu tu. Encik husband terpaksa buat macam2 keje yang selalu wifey dia buat and terpaksa membeli ape sahaja makanan yang bagi membolehkan wifey dia tak muntah.. sebab apa sahaja yang aku makan akan muntah semula..
Ngidam nak makan bubur lambuk.. mana nak carik belum bulan pose lagi.. maka makan bubur mcD je la..
Alhamdulillah mak mentua aku rupanya memang pandai masak bubur lambuk.. :D seronok dapat makan..

Minggu 9
Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci.
Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini.
Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum.
Aku: Scan di HUKM..dah nampak jantung baby n rahim pon ok..Alhamdulillah sebab aku nampak sack tu tak kosong seperti tahun lepas sebab missed misscarriage..masa ni dah jumpe ngan Pakar O&G Dr Lim.. lega sikit bile dapat jumpe pakar berbanding jumpe MO masa 1st appointment.

Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Aku: Perut dah makin membesar. tapi berat badan makin menurun..doktor kata normal sebab aku selalu muntah2.. makan je la pape yang boleh dimakan walaupon muntah at least ade jugak menda yang masuk mulut.
Tips pada ibu2 mengandung, sila la makan biskut kering untuk mengatasi nausea and vomiting yang teruk tu..
ianya sangat membantu..rehat lebih banyak lagi walaupon nampak macam orang pemalas..hehe..

Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Bayi mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Aku: Ramadhan dah bermula masa ni..aku pose jugak walau muntah2 dengan tak sengaja. ini semua sebab angin dalam perut dan pada ketika ini ibu2 yang mengandung mempunyai tahap penghadaman yang sangat lambat. Ibu-ibu yamg mengandung dibolehkan tidak berpuasa sekiranya memudaratkan bayi dalam kandungan. Setiap kali selepas cucuk heparin tu, setiap kali itu la aku rasa mengantuk yang amat sangat..sampai kat opis mengantuk tahap gaban.. bila cucuk lepas berbuka puasa pon ngantuk tahap naga.Memang tertido sampai bangun sahur pagi esoknya. Aku belek2 botol heparinol tu.. sebab ade alkohol sikit ke penyebab mengantuk tu?pelik jee..simptom ibu mengandung memang asik nak tido je tapi ni dah sampai ke tahap max dah kemalasan aku tu..Berat aku daripada 45kg menurun sehingga 35kg (sama berat masa zaman blaja kat U dulu which is before Mitral Valve Replacement). Masa ni la jugak teringin nak makan 'sambal tok': ikan bilis tumbuk dengan cilikering dan bawang merah pastu goreng sampai garing.. terbaeekk. dapat makan jugak sebab mama masakkan.. :D

Minggu 12
Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya.
Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Aku: Gynee mintak aku buat NT Scan (Nuchal Translucency Scan) which is scan secara detail untuk tahu sama ada terdapat defect pada janin atau tidak. Masa ni aku cuak sangat2.. aku memang mempunyai possibility tu sebab effect dari ubat warfarin.. Alhamdulillah.. baby sehat and thanks to staff(sonographer kut) yang buat NT Scan kat Tingkat 1 HUKM.. Diorang ukur ketebalan cecair belakang baby dan ketebalan cecair tu adalah normal.. 1.2mm, if out of range 3mm then tu dikira as abnormal. Syukur..

Ngam 12weeks

to be continue..

Saturday, November 20, 2010

Wonderful Part I..

Just nak share ngan bakal2 ibu atau bakal2 berkahwin dan akan menempuh waktu kehamilan. Source adalah berdasarkan dari: www.mengandung.com/newsletter/ . Memang menempuh alam kehamilan tu sangat indah dan kadangkala rumit..setiap orang berbeza pengalaman..

Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Aku: dah amalkan asid folic beberape bulan sebelum tu..beli jenama appeton, mahal sikit.. kalau kat farmasi murah je.. satu papan tu bule dapat harga kurang dari RM1.

Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4
Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai).
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Aku: Ketika ini, baru tau missed period..so kena buat pregnancy test dengan segera.. bleh beli kat farmasi jenama murah pon berkesan je.. positif bila ade 2 line.. maka sila la confirm kan kat klinik.. disebabkan aku sangat berisiko tinggi.. aku mintak klinik refer kan aku ke IJN..


Minggu 5
Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Aku: Dengan segera pegi emergency hari Sabtu sebab klinik INR tak buka, tapi malangnya staff kat situ kata kena pegi klinik INR jugak, tunggu isnin. Isnin (05/07/2010) terus ke Klinik INR and as a patient to the team of Tan Sri Dato' Seri Dr. Robaayah Zambahari, maka Dato' Dr. Balachandran (previously my consultant) di IJN telah dihubungi. Aku diarahkan untuk ditahan wad dengan serta merta. Admit ward IJN untuk procedure stabilisation (convert warfarin to heparin) , belajar nak cucuk heparin sendiri. Hard to believe kan? 2 times a day kat perut secara subcontenous.Yang ni memang takde berlaku kepada ibu2 sehat yang lain.. :P

Entry yang sangat lengkap di wad IJN kat blog encik husband.

to be continue..