"Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy is a chronic hives-like rash that strikes some women during pregnancy. Although extremely annoying for its sufferers (because of the itch), it presents no long-term risk for either the mother or unborn child. PUPPP frequently begins on the stomach and spreads to the legs, feet, arms, chest, and neck. Skin distension (stretching) is a common factor in PUPPP, which is more common in mothers with large fundal measurements and/or those who are carrying large babies, twins, and triplets. The papules and plaques often first appear within stretch marks"
Aku baru jugak tau pasal benda ni sebab dah terkena kat aku. Aku ada sebut alergi dalam entry Stretchmarks? sebelum ni. Selepas aku cuba pakai Calamine Lotion nak bagi lega sikit rashes tu.. tak berkurang pon.. makin gatal ade la.. lupe plak nak jaga makan. Aku bedal je semua benda, tu yang menambahkan lagi kegatalan.
Tido malam tak lena asek tergaru sana sini. dah merebak sampai ke ke kaki dan tangan plak dah.. aku pon bengong jugak pasal tak terfikir carik kat internet.. opismate aku ada cakap memang time pregnant ada alah ni.. tapi aku nak tau camne bleh terjadi dan nak kurangkannya. Tu yang terjumpa term PUPP ni.. memang simptomnya pon sama macam ape yang jadik kat aku..mujur takde kat muka..
Pagi Jumaat CNY tu, aku nekad nak g klinik, ade 2 choice klinik yang aku boleh pegi sebab dua klinik ni je yang banyak tahu history aku. Antara Klinik Aminah atau Klinik Azhar, pagi tu try call Klinik Azhar, dekat sikit dengan rumah, Klinik tu bukak plak even public holiday. Dengan cepat aku ajak encik husband ke sana. Rashes kat peha dan perut yang paling ketara tapi doktor tu takmo plak nengok..kat tangan ni sikit je nampak, kecik-kecik je.. ape-ape je la doktor, asalkan buleh bagi makan ubat yang bleh bagi aku tido ngan aman. Piriton is the best antihistamine especially during the pregnancy - "Antihistamine tablets may be prescribed to provide relief from the itch, although they are generally considered much less effective than corticosteroid treatments,and may act as little more than a sleep aid.. "Tapi biasala.. kalau dah namanya ubat selsema yang selalu merangkap sebagai ubat gatal, sure ngantuk.. takleh drive atau jalankan kerja-kerja yang menggunakan mesin. Ubat sapu plak doktor tu suggest calamine lotion gak.. so aku anggap dah setel la..
Tapi pembawakan anak ni memang sangat kuat, aku tetap susah nak lena tido even dah makan piriton tu.. calamine lotion tu pon takleh nak pakai dah.. mula-mula pakai time basah ok lagi.. tapi bila dah kering, MasyaAllah gatal tak hengat. Garu memang la sedap pastu menderita luka-luka dan pedih.. padan ngan muka. Sok lusa berparut la tu..
"The cause of the condition is unknown, but the distension of the skin is thought to play a role as this condition occurs mostly in first pregnancies (primigravida), in the third trimester and is more likely with multiple pregnancies (more so with triplets than twins or than singletons)."
Berdasarkan kenyataan dia atas memang masa minggu ke 35 je aku dah kena rashes ni dan consider ni as first pregnancies aku la.. So, cara nak elak dari gatal-gatal bertambah teruk, elakkan daripada kulit menjadik kering dan mandi air sejuk. Aku dah tak pakai dah water heater kat umah, kerap mandi supaya lega gatal. Aku ajak encik husband lagi pegi Guradian carik sabun hilang gatal plak, aku jumpe shower gel ape tah, banyak brand tapi aku pilih brand tu.. pe nama dah lupe dah.. Sekarang gatal-gatal tu dah kurang.. tapi meninggalkan parut yang dasat sangat.. erm.. kena rajin sapu cream supaya parut bleh ilang dengan cepat.. huhu..
No comments:
Post a Comment