Pada 6 Janurai 2011, ada appointment dengan doktor mengenai conversion from warfarin to heparin, tapi biasala.. dapat doktor lain la pulak, lain doktor lain pulak pandangannya.. cadangan doktor tu:
1. refer ke hukm untuk conversion even though before this suruh IJN yang buat conversion
2.convert ke heparin dengan dos yang lama tanpa admit ward
Aku terpaksa mempercayai option yang pertama sebab bila choice untuk convert ke heparin tanpa admit ward tu adalah sesuatu yang amat menakutkan dan mustahil bagi aku walaupon aku hanyalah patient.. tahap kepekatan darah tanpa dimonitor adalah sesuatu yang aku tak boleh jangkakan.. tak percaya pulak aku pada ape yang doktor ni cakap.. Maka kami mintak doktor tu bagi surat referral ke hukm supaya mengambil alih tugas IJN untuk buat conversion tu.
Surat tu menyatakan bahawa seharusnya convert ke heparin selewat-lewatnya masa kandungan mencecah 36 minggu. Dr Gynae tolong dapatkan appointment cardiology pasal conversion tu. Susah jugak bila lain-lain department ni. Akhirnya masa kandungan dah cecah minggu ke 35, aku jumpa dengan Dr Cardiology, macam-macam soalan kami tanya, menguji tahapo kecerdikan dan kebernasan pendapat doktor tu. Memang doktor tu arif la pasal hal-hal jantung ni. Tapi rupa-rupanya ada pendapat berbeza tentang cara deliver terbaik bagi patient macam aku ni. Gynae lebih menggalakkan deliver normal tetapi Cardio lebih prefer c-section. Tapi sebenarnya Gynae ada cara yang tebaik sekiranya lahirkan baby secara normal iaitu memberi epidural dan bantu guna vakuum/forcep. Cara ni digunakan untuk mempercepatkan 2nd phase during delivery supaya jantung tidak perlu bekerja keras. Pasal fasa-fasa semasa proses kelahiran buleh cerita untuk next entry.. :)
Minggu 36 hampir tiba.. Ingatkan Dr Cardio ni hebat sangat, rupa-rupanya lupa lak dia nak prescribe ubat. Gynae kena amek masa untuk contact Dr Cardio tu. Yang confirmnya, conversion tu haruslah kepada LMWH heparin..sesuatu yang baru.. err.. boleh rujuk kat entry encik husband ni.. sebab dia yang pergi amek ubat tu lepas Dr Lim call aku, ubat dah ada prescription. Aku kena sambung keje sebab amek halfday je hari tu. Malah sangat memeranjatkan bila harga ubat tu tersangatla mahal.. beza ngan heparinol IJN dulu, salah satu sebabnya ubat ni memang sangat bagus tanpa perlu monitor darah pon..sebab memang takde bacaan darah yang perlu diambil macam warfarin-INR dan heparin-APTT. Tambah lagi medical knowledge yang baru bagi aku.. LMWH yang perlu aku ambil dengan dos 4000UI (40mg) ataupon 0.4ml tapi yang bagusnya dah siap-siap dalam syringe, takpayah nak sukat-sukat dah macam dulu tapi still kena inject secara subcutaneous twice daily juga. Just kena beli lagi alcohol swab je.. Kos untuk satu injection adalah RM39.70, maka kena beli 60 injection sebab ada 30 hari sehingga minggu ke 40 nanti.. seb baik dapat diskaun sikit..
Aku still melakukan injection di perut, erm.. walaupon kadang-kadang risau bule tercucuk tak baby dalam perut?hehe.. jarum dia tak panjang sangat tapi kulit tebal+lemak kat perut tu tak mungkin dapat melepasi plasenta.. itu yang doktor cakap and aku baca kat internet.. InsyaAllah semoga baby aku sihat sentiasa.. Amin.. tapi sangat kelakar bila aku tengah inject perut belah kanan, baby pon gerak ke kiri, bila ngah inject belah kiri, dia gerak ke kanan..senget-senget perut ni bila dia beralih.. apepon thanks baby sebab memahami yang ibumu ini harus mengambil injection ni demi nak bawak kamu keluar melihat dunia.. :D
No comments:
Post a Comment