Monday, February 28, 2011

Conversion again..

Pada 6 Janurai 2011, ada appointment dengan doktor mengenai conversion from warfarin to heparin, tapi biasala.. dapat doktor lain la pulak, lain doktor lain pulak pandangannya.. cadangan doktor tu:
1. refer ke hukm untuk conversion even though before this suruh IJN yang buat conversion
2.convert ke heparin dengan dos yang lama tanpa admit ward

Aku terpaksa mempercayai option yang pertama sebab bila choice untuk convert ke heparin tanpa admit ward tu adalah sesuatu yang amat menakutkan dan mustahil bagi aku walaupon aku hanyalah patient.. tahap kepekatan darah tanpa dimonitor adalah sesuatu yang aku tak boleh jangkakan.. tak percaya pulak aku pada ape yang doktor ni cakap.. Maka kami mintak doktor tu bagi surat referral ke hukm supaya mengambil alih tugas IJN untuk buat conversion tu.

Surat tu menyatakan bahawa seharusnya convert ke heparin selewat-lewatnya masa kandungan mencecah 36 minggu. Dr Gynae tolong dapatkan appointment cardiology pasal conversion tu. Susah jugak bila lain-lain department ni. Akhirnya masa kandungan dah cecah minggu ke 35, aku jumpa dengan Dr Cardiology, macam-macam soalan kami tanya, menguji tahapo kecerdikan dan kebernasan pendapat doktor tu. Memang doktor tu arif la pasal hal-hal jantung ni. Tapi rupa-rupanya ada pendapat berbeza tentang cara deliver terbaik bagi patient macam aku ni. Gynae lebih menggalakkan deliver normal tetapi Cardio lebih prefer c-section. Tapi sebenarnya Gynae ada cara yang tebaik sekiranya lahirkan baby secara normal iaitu memberi epidural dan bantu guna vakuum/forcep. Cara ni digunakan untuk mempercepatkan 2nd phase during delivery supaya jantung tidak perlu bekerja keras. Pasal fasa-fasa semasa proses kelahiran buleh cerita untuk next entry.. :)

Minggu 36 hampir tiba.. Ingatkan Dr Cardio ni hebat sangat, rupa-rupanya lupa lak dia nak prescribe ubat. Gynae kena amek masa untuk contact Dr Cardio tu. Yang confirmnya, conversion tu haruslah kepada LMWH heparin..sesuatu yang baru.. err.. boleh rujuk kat entry encik husband ni.. sebab dia yang pergi amek ubat tu lepas Dr Lim call aku, ubat dah ada prescription. Aku kena sambung keje sebab amek halfday je hari tu. Malah sangat memeranjatkan bila harga ubat tu tersangatla mahal.. beza ngan heparinol IJN dulu, salah satu sebabnya ubat ni memang sangat bagus tanpa perlu monitor darah pon..sebab memang takde bacaan darah yang perlu diambil macam warfarin-INR dan heparin-APTT. Tambah lagi medical knowledge yang baru bagi aku.. LMWH yang perlu aku ambil dengan dos 4000UI (40mg) ataupon 0.4ml tapi yang bagusnya dah siap-siap dalam syringe, takpayah nak sukat-sukat dah macam dulu tapi still kena inject secara subcutaneous twice daily juga. Just kena beli lagi alcohol swab je.. Kos untuk satu injection adalah RM39.70, maka kena beli 60 injection sebab ada 30 hari sehingga minggu ke 40 nanti.. seb baik dapat diskaun sikit..



Aku still melakukan injection di perut, erm.. walaupon kadang-kadang risau bule tercucuk tak baby dalam perut?hehe.. jarum dia tak panjang sangat tapi kulit tebal+lemak kat perut tu tak mungkin dapat melepasi plasenta.. itu yang doktor cakap and aku baca kat internet.. InsyaAllah semoga baby aku sihat sentiasa.. Amin.. tapi sangat kelakar bila aku tengah inject perut belah kanan, baby pon gerak ke kiri, bila ngah inject belah kiri, dia gerak ke kanan..senget-senget perut ni bila dia beralih.. apepon thanks baby sebab memahami yang ibumu ini harus mengambil injection ni demi nak bawak kamu keluar melihat dunia.. :D

Sunday, February 27, 2011

Mission completed!

Yey.. barang-barang baby dah complete bulan lepas.. barang-barang yang dibeli kat Manjaku Baby branch Senawang.. err.. di sponsor oleh parents-in law.. hehe.. Actually banyak choice of brand kat kedai ni.. memang barang ape aje yang kita nak beli ade je kat kedai ni.. cuma kena pilih mana satu brand je.. sebab ade yang mahal dan ade yang murah.. tapi quite branded la.. cuma takde diskaun je.. harga tetap mahal jugak bile dah takde diskaun..

Ada 14 cawangan Manjaku Baby if aku refer kat website dia http://www.babymanja.com/ tapi yang updated nak tambah cawangan lagi. Aku dapat tau pon lepas baca dalam magazine Pa & Ma pastu opismate aku pon ada cakap dia pegi yang kat bangi.. tak rugi pegi.. nak survey barang dan beli siki-sikit pon boleh.. tapi aku terpaksa beli sekali harung sebab dah bz sangat and perut dah makin membesar..


Nampak je macam sikit dalam gambar ni tapi.. cecah RM1K jugak lerr.. barang yang berupa fabric dan perlu dibasuh dah pon di'unpack' oleh mother-in law dan bersedia untuk dicuci je..


 
Maka, selesai sudah stuff untuk baby..!hoorey.. only left bath tub yang nak beli kat ikea.. next entry la yang tu.. lega sangat-sangat bila barang hampir complete seawal kandungan 35 minggu.. :D

Tuesday, February 15, 2011

What is PUPP?

"Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy is a chronic hives-like rash that strikes some women during pregnancy. Although extremely annoying for its sufferers (because of the itch), it presents no long-term risk for either the mother or unborn child. PUPPP frequently begins on the stomach and spreads to the legs, feet, arms, chest, and neck. Skin distension (stretching) is a common factor in PUPPP, which is more common in mothers with large fundal measurements and/or those who are carrying large babies, twins, and triplets. The papules and plaques often first appear within stretch marks"

Aku baru jugak tau pasal benda ni sebab dah terkena kat aku. Aku ada sebut alergi dalam entry Stretchmarks? sebelum ni. Selepas aku cuba pakai Calamine Lotion nak bagi lega sikit rashes tu.. tak berkurang pon.. makin gatal ade la.. lupe plak nak jaga makan. Aku bedal je semua benda, tu yang menambahkan lagi kegatalan.

Tido malam tak lena asek tergaru sana sini. dah merebak sampai ke ke kaki dan tangan plak dah.. aku pon bengong jugak pasal tak terfikir carik kat internet.. opismate aku ada cakap memang time pregnant ada alah ni.. tapi aku nak tau camne bleh terjadi dan nak kurangkannya. Tu yang terjumpa term PUPP ni.. memang simptomnya pon sama macam ape yang jadik kat aku..mujur takde kat muka..

Pagi Jumaat CNY tu, aku nekad nak g klinik, ade 2 choice klinik yang aku boleh pegi sebab dua klinik ni je yang banyak tahu history aku. Antara Klinik Aminah atau Klinik Azhar, pagi tu try call Klinik Azhar, dekat sikit dengan rumah, Klinik tu bukak plak even public holiday. Dengan cepat aku ajak encik husband ke sana. Rashes kat peha dan perut yang paling ketara tapi doktor tu takmo plak nengok..kat tangan ni sikit je nampak, kecik-kecik je.. ape-ape je la doktor, asalkan buleh bagi makan ubat yang bleh bagi aku tido ngan aman. Piriton is the best antihistamine especially during the pregnancy - "Antihistamine tablets may be prescribed to provide relief from the itch, although they are generally considered much less effective than corticosteroid treatments,and may act as little more than a sleep aid.. "Tapi biasala.. kalau dah namanya ubat selsema yang selalu merangkap sebagai ubat gatal, sure ngantuk.. takleh drive atau jalankan kerja-kerja yang menggunakan mesin. Ubat sapu plak doktor tu suggest calamine lotion gak.. so aku anggap dah setel la..

Tapi pembawakan anak ni memang sangat kuat, aku tetap susah nak lena tido even dah makan piriton tu.. calamine lotion tu pon takleh nak pakai dah.. mula-mula pakai time basah ok lagi.. tapi bila dah kering, MasyaAllah gatal tak hengat. Garu memang la sedap pastu menderita luka-luka dan pedih.. padan ngan muka. Sok lusa berparut la tu..

"The cause of the condition is unknown, but the distension of the skin is thought to play a role as this condition occurs mostly in first pregnancies (primigravida), in the third trimester and is more likely with multiple pregnancies (more so with triplets than twins or than singletons)."

Berdasarkan kenyataan dia atas memang masa minggu ke 35 je aku dah kena rashes ni dan consider ni as first pregnancies aku la.. So, cara nak elak dari gatal-gatal bertambah teruk, elakkan daripada kulit menjadik kering dan mandi air sejuk. Aku dah tak pakai dah water heater kat umah, kerap mandi supaya lega gatal. Aku ajak encik husband lagi pegi Guradian carik sabun hilang gatal plak, aku jumpe shower gel ape tah, banyak brand tapi aku pilih brand tu.. pe nama dah lupe dah.. Sekarang gatal-gatal tu dah kurang.. tapi meninggalkan parut yang dasat sangat.. erm.. kena rajin sapu cream supaya parut bleh ilang dengan cepat.. huhu..

Saturday, February 12, 2011

Baby & Mummy's Checklist Part 3

Hospital checklist untuk baby and mummy.. sekiranya dah memasuki third trimester ni, barang-barang baby haruslah lengkap..terutamanya yang memang menjadi keperluan. Beg untuk ibu dan anak perlulah di 'pack' siap-siap..sampai masa nanti rembat je.. hehe.. actually aku pon belum siapkan lagi barang-barang. Alhamdulillah, aku dah pon complete kan barang-barang baby. Sekarang tengah proses membasuh barang-barang tu semua. Kalau membasuh barang-barang baby tu especially yang fabrik tu, basuhla pakai sabun sahaja tanpa softener takpun, kalau terlebih duit, boleh la beli detergen yang memang untuk basuh barang baby macam Nappi Kleen ke.. sebab kena worry sikit, kita taktau baby kita nanti ade alergi ke tidak.

Hospital checklist ni perlu selepas Baby and Mummy punya checklist ni dah lengkap kat sini dan sini

Hospital checklist:

Baby:-
Pakaian baby
Sarung tangan, stokin and cap
Selimut
Lampin
Lampin pakai buang
Newborn car seat (tu kalau balek dari hospital berdua je dengan husband bole la pakai)

Mother:-
IC & Medical file
Baju
Kain batik
Pad bersalin
Stokin
Nursing bra
Toiletries
Kamera (kalau ayahnya nak amek gambar la kan..)

Pada CNY holiday ni.. hopefully dapat settlekan semua barang, senang dah nak dekat date ni, bila barang dah siap, ape-apa jadik, husband bleh rembat je beg tu takyah pikir-pikir nak bawak ape dah.. :D

Wednesday, February 2, 2011

Stretchmarks?

Stretchmarks especially during pregnancy memang cukup merisaukan aku.. masuk bulan ke-7, stetchmarks sangat ketara, before this kat perut and belakang je.. aybe sebab awal-awal aku tak prevent, maka semakin merebakla stretchmarks tu.. so aku decide nak beli cocoa butter formula.. brand Palmer tu.


Sekarang ni, satu badan gatal-gatal.. macam rashes je.. tapi cream tu banyak kali dah pakai, takkan menjelang minggu ke 35 ni baru nak alergi? So, pegi Guardian dan beli Palmer Cocoa Butter formula Oil plak.. pakai dalam 2 hari.. still rashes+itchy tu tak ilang gak.. sampai bengkak-bengkak dah aku pi garu.. plus lagi dengan gatal seluruh badan.. berbintik-bintik merah dah..

Disebabkan tak tahan gatal, aku ajak lagi encik husband ke Guardian carik Calamine lotion, supaya gatal tu dapatla dikurangkan.. nak makan ubat gatal merangkap ubat selsema kang susah plak kalau tak di prescribe oleh doktor.. so beli je la Calamine lotion yang ade jual tu.. kurangla aku ni menggaru.. tengok 2 hari ni camne.. kalau tak lega jugak.. kena la p klinik.. macam-macam cobaan sungguh..