Thursday, January 13, 2011

Lena dilulit intan?

Kemalasan meng'update' blog kembali lagi.. huhu.. banyak draft blog yang tak sempat nak sambung. Currently aku dah 32 weeks and 3 days.. scan pada isnin lepas 10/01/2011 kat PPUKM tu dah tunjukkan kepala baby ni dah berada kat bawah.. ohh.. patutla aku rasa sakit je kat bahagian bawah perut ni..perut dah semakim membesar walaupon berat aku still lagi 57kg.. takla berat sangat..hehe..plus aku still tak nampak gemok lagi..Alhamdulillah..asalkan aku dan baby sehat.. berat baby aku dalam 1.7Kg..

Cepat dah rasa letih, sakit belakang..duduk lama-lama pon sakit belakang jugak..ape bleh buat..programmer kejenya duduk ngadap coding je..bangun untuk ke toilet, refill air kat pantry takpon p meja opismate lain.. selebihnya duduk je..letih kan?letih duduk..

Malam-malam aku tak lena nak tido sebab baby sangat aktif malam-malam.. tido mengiring tapi kena lapik bantal bawah perut ni.. still tido aku tak lena jugak.. sebab baby sangat suka bersenam malam-malam..maybe sangat best bila aku duk diam je.. senang baby nak buat ape pon.. smalam pon susah nak lena.. asek terjaga sebab nak kena alih-alih kan perut ni. Bila mintak encik husband pegang perut.. baby terus senyap.. errr.. takut kat ayahnya ke? Petang tadi terbaca plak kat newsletter yang aku subscribe pasal movement baby:

"Here's the funny thing about babies: They like to kick up when their moms are lying down. That's because when you're up and around all day, they're lulled to sleep by the movement. You're also less likely to notice the movement when you're busy and preoccupied.  At night, when you slow down, your baby wakes up and is ready to roll (and punch, and kick, and squirm — not great for a good night's sleep for you, but completely normal). As far as light and dark — it's always pretty dark in your uterus (or at least varying degrees of darkness), so it's too soon to worry about your baby mixing up day and night. If that's the scenario after your baby is born (which is also, unfortunately, completely normal!)"

So, buat ape nak risau sangat..baby memang sangat aktif time malam-malam especially bila maknya tak buat ape-ape.. yang merisaukan aku.. bile agaknya aku ni nak dicucuk dengan heparin?should be at least 36 weeks untuk converting dari warfarin ke heparin bagi megurangkan risiko bleeding masa deliver.. dengan sabarnya menunggu 28hb Januari ni untuk jumpe cardio kat PPUKM..

Saturday, January 8, 2011

Read this..

The very good book yang aku jumpa masa pusing-pusing kat kedai buku Borders.. nama buku tu BabyBook.. bagus sebab panduannya meliputi: getting pregnant, during pregnancy, post natal dan baby. Boleh dikatakan dari A to Z la cerita ceriti dalam buku ni.. senang di bawa jalan-jalan coz kecik je.. harga RM18 je.. tapi yang aku beli ni edisi 2010.. maybe kalau ade yang update 2011 lagi bagus. oh buku ni versi omputeh la..

BabyBook

Magazine pasal baby or parenthood pon bagus jugak.. aku layan jugak PA&MA dan Parenthood. Ada banyak lagi magazine yang sama waktu dengannya kat kedai-kedai, boleh pilih mana nak. Banyak informasi.. walaupon nampak macam old-fashion je pakai buku/magazine ni.. senang carik kat internet je.. tapi kadang-kadang tradisional way iaitu menyimpan buku/majalah ni best gak.. bleh belek lagi kalau diperlukan. Apepon.. internet memang the 1st source/choice untuk dapatkan info.

 
Magazines

Sunday, January 2, 2011

Dua Kosong Satu Satu

Selamat tahun baru 2011.. meninggalkan 2010 yang banyak sangat kenangan dan cerita.. tutup la buku lama dan buka buku baru.. macam awal muharam juga la. Aku pula seperti biasa bukannya celebrate tahun baru pon.. duduk rumah je layan tv.. kul 12 time countdown tu aku dah melenakan diri dengan bantal dua tiga bijik.. kandungan hampir mencecah 31 minggu dah.. tendangannya semakin padu..maybe dia sangat suka berpusing-pusing.. nak tido pon asek terperanjat je sebab yang dalam perut ni duk moving around.. ermm..nak tido pon kena carik posisi yang betul.. kena lapik perut ngan bantal masa baring mengiring.. pastu pagi-pagi kena bangun dah..sebab perut dah diterjah sana sini.. mengeliat kut.. aku jugak semakin cepat rasa lapar..memang asek nak makan je..yang dalam perut ni ke sebenarnya nak makan ekk? paling tak tahan cepat berpeluh..errmm.. haba banyak dalam badan..

Awal-awal tahun lagi dah menanti appointment ngan IJN..06/01/2010 ni kena jumpa cardio.. nak tau sama ada dah kena tuka ke heparin ke belum.. uihhh nervousnyerr.. risau plak..kena duk wad seminggu lagi ke?awal-awal tahun dah kena guna MC yang tak seberape tu ke? Aku kena siapkan sebanyak mungkin keje support yang still lagi menunggu untuk di'UAT' oleh user.. aisshh.. memang takde ke project lain la aku gamaknya.. duk melahu buat customer support je la..

Apepon.. tahun baru dengan financial plan yang baru.. bakal menerima ahli keluarga yang baru InsyaAllah.. Amin.. semoga selamat hendaknya..