Tuesday, November 1, 2011

First raya with my little aqil raziq

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. " Ayat favourite aku masa raya.. hehe.. tahun ni 2011 kami raya bertiga! Lain rasanya bila beraya bertiga.. actually nak cakap lain rasanya bile bertiga sejak kami bertiga?ape punya ayat daaaa.. ye la.. dulu nak siapkan baju balek umah parents berdua je.. skarang mestila Aqil raziq didahulukan.. hehe.. disebabkan lagi beberapa hari lepas raya ni Aqil Raziq berumur 6 bulan.. nak start solid food yang aku janjikan solid food dia hujung bulan August.. aku pon membeli belah baju baru untuk dia..
Sian kat anak ibu ni baju yang ade semua dah kecik2.. opsss salah ayat.. Aqil Raziq yang membesar.. bukan baju tu mengecik..

Sangat seronok dapat beli baju dia.. kalau boleh aku nak kaut semua baju yang comel-comel itu.. tapi apekan daya.. nanti hutang credit card bertambah walaupon credit card tu bukan aku punya.. tapi aku yang kena membayaunya sendiri..

Lagi seronok sebab credit card sudah dipakai untuk membeli barangan tupperware yang menjadi idaman aku.. banyak sungguh berbelanja.. sehingga kan memang ade lagi yang aku nak beli tapi kena tahan dulu.. sila bayar hutang yang sedia ada sebelum menambah hutang baru yee..

Pagi raya kami terus gerak ke Kuala Lipis.. gerak agak lambat sebab along kena siapkan 2 orang anaknya.. aku kena siapkan aanak aku yang sorang tu, tambahan lagi, naseb baik dapat green light dari abah untuk balek kampung sebab selalunya abah takde nya nak bagi along yang still dalam pantang tu jalan.. heran kan? ni penangan cucu punya pasal.. thanks kat qish sebab memulakan bicara.. hahaha..

Situasi dalam kereta Avanza jalan-jalan nak tengok pelita yang cantik-cantik kat meru.. anak aku menangis tah pasal pe tah.. Qish kata"Aqil jangan nangis.. nanti kita pegi jumpa opah ekk.. ehh.. kita g jumpe moyang ekk" Abah pon kata"ok.sok kita jumpa moyang. balek naik 3 kereta". Maksudnya kami memang boleh balek kampung..termasuk along. tapi 2 kereta je laa.. bukan 3.. tayar belakang kete kelisa dah botak la..

Kesian kat ibu, takde sekeping pon gambar dengan anak ibu.. cesss.. susah payah je pakai tema arab kami bertiga.. sekeping gambar kami bertiga pon takdo?ayah memang tak aci. dia amek gamba dia ngan anak berdua je.. ibu disisihkan.. mementangla kemas baju kita anak beranak ibu yang kena buat.. aissshhh..

1st day raya berjubah dan makan sampul raya.. (^_^)

Skarang nak sampai raya haji dah.. ape anak aku dah bleh buat ekk?erm.. perkembangan dia biasa2 je.. ak lambat dan takla cepat sangat.. entry akan datang la update pasal development aqil raziq.. aku memang sangat malas dan sangat bz nak berblog ni.. fuhhh..

ni gambar 2nd day raya dah..@ seremban