Monday, June 20, 2011

Precious memory.. Part III

16 Mac 2011: 
Aku nekad nak suggest kat doktor tu pasal dosage warfarin memandang kan warfarin tu naik sikit2 je.. kalau gitu.. 2 minggu la aku kat spital..aku bukan manusia normal yang boleh jaga anak sendiri tanpa tangan ade tiub..nak melangkau jauh pon takboleh.. nak bermesra ngan patient katil lain pon tak mampu..diorang yang kena datang katil aku.. lepas sorang2 discarge.. aku masih setia di situ berdua ngan patient sebelah kiri yang still tunggu sampai masa nak bersalin sebab dia still 35minggu..dah kena duk spital, tungu sampai bersalin.. sebab ade history tiroid n baby tersangat kecik.. aku dengan penuh semangatnya bagi cadangan kat doktor round pagi tu.. "doktor boleh tak dosage tu naik ke 3.5 terus?"kalau macam ni sampai bile pon aku tak dapat achieve INR..bila dosage tu bertukar..kena amek masa 3 hari nak stabil..so, kalau 3 hari darab dengan 3 kali tukar dosage.. tak ke 9 hari tambah lagi aku kat spital..? aku kesian kat baby je.. duk spital lama2.. bukan best pon..boleh doktor tu jawab.. "eh mana boleh.. sabarla.. kan dah naik sikit tu.." aku rasa nak sekeh doktor pon ade.. sabar banyak mana lagi.. setelah ape yang korang buat.. rugi masa bagi salah dosage heparin..pastu pakai suka2 je bagi warfarin dosage ikut suka korang.. tak baca protokol ke?walaupon aku ni patient je.. tapi aku dah buat heparin IV infusion ni dah banyak kali.. medical treatment tu mesti ade protokol..mesti kena ikut protokol..harusla aku lagi tau daripada diorang.. cakap patient sape nak dengar kan..

Lepas tu doktor pakar pulak yang buat round.. Dr lim kesian lagi tengok aku still kat situ.. dia suruh naikkan je dosage.. pastu balek rumah cucuk LMWH yang aku cucuk before bersalin tu. erm.. bernas jugak.. tapi encik husband aku pulak tak bagi atas sebab-sebab tertentu.. tapi aku nekad jugak nak keluar.. takpe.. sebab aku tau cucuk LMWH tu kejap je.. lepas tu insyaAllah penderitaan aku dengan hospital ni akan berakhir.. hehehe.. aku tak sabar nak mandi air kat rumah..huuuu~~~

Siang tido malam berjaga.. pukul 2.15 pagi.. mata dah bulat..

Temankan ibu tido.. (^_^)

Tengahari tu dah confirm boleh keluar wad.. aku tersangat excited.. bil dah sampai n aku surun encik husband datang untuk bayar dah boleh keluar wad..Nak pulak petang tu ade problem lain lagi.. katil belah kanan aku ni baru admit semalamnya.. petang tu nurse nak buat ctg untuk patient tu.. kena pegi bilik lain..tetiba..kecoh plak satu wad tu ade emergency, patient pecah air ketuban masuk paru2.. gitula bunyiknya.. aku plak seperti biase takboleh berjalan..hanya mampu memandang nurse duk lari sana sini.. husband katil sebelah kanan aku ni pon tanya mana wife dia.. aku memang tak perasan.. sama ada pegi bilik air atau ikut nurse pegi buat ctg..sebab memang dia selalu g toilet.. kuat sangat buang air.. lama husband dia tunggu kat katil tu..tetibe.. datang nurse.. rupanya wife dia yang emergency tu.. aisshh.. rasa bersalah aku sebab tak ingat mana wife dia pegi.. so forgetful kan aku ni?so sangkaan aku betul la dia pegi buat ctg.. aku memang tak perasan bila dia pegi pon sebab aku duduk kat katil mengadap katil kiri aku.. kesian husband dia.. sampai encik husband aku datang.. aku yang lama tahan nak terkucil tu dari pukul 2 sampai pukul 5 takde sape yang boleh bukak tiub aku ni..sebab nak ke toilet.. nurse pulak semua bz sebab emergency case tu..susah kan?tiap kali nak ke toilet atau mandi kena panggil nurse bukakan n pasangkan semula..leceh bile melibatkan infusion ni..

Lewat petang after dah abes office hour, baru encik husband pi bayarkan bil hospital n still kami tunggu nak discaj.. sebab report belum siap..aaiissshh.. sampai ke pukul 8 malam lebih baru dapat discaj.. cuba bayangkan balik malam-malam dengan anak berusia tak sampai 10 hari tu.. ibunya payah nak jalan,10 hari duk kat katil tak gerak2.. sangat susah.. kalut nurse tu nak bagi briefing la bagai.. sampai kat entrance HUKM tu, encik husband pi amek kereta.. aku duk situ dengan barang2.. baby plak nangis kuat2..nak susu..ibunya yang sengal ni pakai jubah, lupa nak pakai seluar.. cemana nak menyusu?Nasib baik ade warga prihatin..satu family tolong pegang anak n bawak barang ke kereta..sangat baik.. diorang pon kesian tengok aku ngan anak aku terhegeh2 dengan barang yang banyak tu..malam-malam plak tu.. thanks to them walau dia mana kamu berada..semoga Allah merahmati kamu semua ye.. tu pon sebab baby aku sangat comel berambut lebat.. heeee..

Sambung kat Precious memory.. Edisi Confinement Part 1..

Precious memory.. Part II

09 Mac 2011: 
2nd day kat HUKM, pindah wad biasa daripada HDU tu.. lagi satu problem yang aku tak suka.. aku dah study benda ni dari awal-awal lagi.aku memang nak xclusif bf anak aku kalau boleh sampai umur 2 tahun.. tapi bile sebut je warfarin, diorang taktau boleh bf ke tidak.. siap dah berkira-kira nak bagi ubat untuk stop susu.. aishhh.. sedey aku.. doktor pon taktau.. kena call farmasi tanya.. boleh farmasi tu cakap takboleh bf dengan warfarin..apekejadahnyer..? graduate dari mana la farmasi HUKM ni?nasib baik nurse2 kat HDU tu bagus2, confirm kan semula dengan nurse laktasi plak..nurse yang penah bagi talk macam aku cerita kat entry ini.. alhamdulillah dia kata boleh.. "Warfarin will not pass through the breastmilk" okeyyy..sama seperti yang aku duk baca kat internet.. ape la farmasi tu.. nurse tu plak lupe nak amik nama sapa yang cakap tak boleh tu.. aisshh.. 

Kardio advise to start heparin IV infusion. Repeat APTT 6 hourly. maknanya sama seperti aku buat kat HKL dan IJN dulu.. Family aku and FIL ade datang. First day jaga baby sendiri.. tapi bila dah tangan duk gantung ngan heparin tu.. nurse jaga baby malam tu.. Malam tu juga nurse kejutkan aku suh jaga baby sendiri plak sebab baby nangis je katanya.. adoyai.. maybe baby aku nak tido polok2 ngan aku..heee.. cian dia.. tak dapat pelukan ibunya.. Bermula dari situ memang nurse let go baby kat aku..

(^_^)

10 Mac 2011: 
Warfarin dah start 2mg..hairan lagi aku HUKM ni.. nape start dengan 2mg?lama la duk hospital kalau nak kejar dosage sebenarnya? pelik lagi, cardio tak jenguk2 aku pon selama2 aku kat spital tu, sekali kat HDU je.. aku tanya doktor nape bukan start last dosage?3.5mg..? doktor kata "tu tinggi sangat, awak ade heparin, kita start dos kecik dulu.." aisshh.. memang nampak kekurang pandaian doktor di situ.. O&G tak pandai ke atau cardio tu sendiri?Aku taktau sape yang order sebenarnya..

Jaga baby sendiri, baby banyak meragam.. asek nangis je.. breastfeed pon marah-marah.. maybe sebab susu aku tak banyak keluar..baby dah biasa minum dari botol yang kuarkan susu dengan laju tu.. maka aku ngadu kat nurse malam tu.. nurse bagi formula suh kasik sendiri.. 20cc tak cukup untuk dia.. tambah lagi 20cc.. ishhh..kuar bebenor minum..hehe..ibu tau susu ibu tak cukup..

Hampir kekuningan tapi tak.. bagus susu ibu ni..

Sesungguhnya jaga anak sorang2 kat hospital ditambah tangan kiri masih bertiubkan ubat adalah saat yang sukar bagi aku.. kalau heparin tu takde.. insyaAllah aku cekal macam orang lain..seb baik bila baby aku tido.. aku perhatikan muka dia.. sangat kesian.. tak sanggup nak dengar dan tengok dia menangis pon..kena jugak pujuk.. kadang2 aku dah tak mampu..aku biarkan dia nangis sampai nurse datang pujuk dia..aku tak kejam.. tapi aku tak cukup kuat menghadapi macam2 perkara tu.. agaknya sebab tu susu susah nak keluar sebab tension kerana 5 perkara:

1. Rupa-rupayna doktor prescribe heparin dosage yang salah pada awalnya menyebabkan APTT tak valid dan perlu diulang semula..aku dah rugi 2 hari kat situ.. darah banyak kali amek dah..
2. Kalau heparin, APTT kena check every 6 hour.. so, dalam sehari.. 4 kali kena amek darah.. tangan kanan je available.. tangan kira tak boleh ambik, heparin pasang kat situ.. nanti bacaan tak accurate. see..sampai lebam-lebam dah..
3. Sakit luka jahit tu tak terkata, haruslah.. baby aku sebesar 3.27kg.. :D.. since first day dah mintak PCM.. 
4. Sembelit sejak lepas bersalin.. still tak buang air besar walaupon dah minum sirap Dulcolax tu..

Cemana la orang yang buang baby tu kan?tak kesian lansung ke bila dengar baby tu menangis..?tengok muka dia lahir pon dah cukup kesian.. peliknya manusia kan..?

Okeh.. sambung Part III plak..

Thursday, June 2, 2011

Precious memory.. Part I

Backdated entry.. :D setelah 2 bulan stop blogging..kerana melalui proses pemulihan..hehe.. confinement la.. yang tak berapa nak ada sangat.. kesahnya bermula pada hari pertama aku amek maternity leave. Jumaat 4hb Mac 2011, last day aku keje.. balek lewat sebab kena habeskan dan handover mana2 keje yang still pending lagi.. sangat tak sabar nak cuti.. banyak aktiviti yang aku nak sangat buat masa cuti.. contohnya update resume.. hehehe..

7 Mac 2011:
Malam tido tak lena.pagi tu terasa macam saket perut..terngiang-ngiang ayat yanti opismate aku yang kata saket nak bersalin tu macam saket memulas nak cirit birit.. tapi aku ignore je lagipon memang pagi tu ada appointment ngan Dr. Nasir sebab Dr Lim takde. Sampai ppukm je..bile buat urine test macam ade show..aku bagitau Dr. Nasir. Dia pon check nak tengok dah lembut ke belum.So, disebabkan dah lembut dia pon membuat bukaan.. huhu.. Dr. kata kalau petang ni tak saket, maybe dalam masa seminggu kena datang balek kalau tak saket jugak..kena induce..tapi dia tak galakkan induce la..baik semulajadi saket.. sesudah tu rasa perut macam saket tapi gagahkan jugak nak makan nasi + ayam kampung kat velodrom.. hehe..

Balek umah terus tido kul 12 tengahari kut masa tu..mula2 saket every one hour.. makin lama half an hour.. sempat lagi message mintak maaf kat mama dan mak.. semacam je aku rasa, manalah tau kut-kut tak sempat.. lepas tu terus tak tahan tengok jam macam 20 minutes je dah contraction tu.. aku cakap kat encik husband dah saket. Bule plak dia kata aku tak saket.. aku mandi n siap2kan barang pastu tido semula sebab encik husband tak caya aku saket, padahal dia mengantuk tido lewat..aku tido tapi saket jugak..aku ajak jugak dia pegi, sempat lagi aku sidai kain pastu buka semua barang kemas kut-kut dah kena admit.. dah kul 6 petang pon masa tu..jalan lak jem orang balek keje..

Sampai je kat Emergency PPUKM tu dah maghrib, ade Dr Ng, first thing buat CTG dulu.. nak check contraction berape kerap kut.. setiap 10minit dah contraction tu.. pastu buat VE (check bukaan plak). dah bukak 3 cm pon.. terus buleh admit.Huishh nak tunggu admit ward plak lambat.. perut dah saket ni.. dah la tak makan sejak tengahari tu..tapi nak makan pon tak selera sangat duk menahan saket ni tapi mengenangkan nanti takde tenaga lak untuk push..kena la jugak suruh encik husband beli roti n air milo.. Nurse tu kata kalau anak sulung biasanya 1 jam 1cm akan bukak.. so doktor akan review semula pukul 1230malam tu..kalau dah bukak 4-5cm.. bule masuk labour room. Dr Harris kalau tak silap.

08 Mac 2011:
Bila dah sampai masa, memang dah bukak 4-5cm, aku dah kena tolak ke labour room. Masa kat labour room tu saketnya dah 5minit dah.. sangat la tak tahan.. seb baik Dr anesth(bius) yang bagi epidural tu dah datang. Orangnyer hensemm sangat okey...tapi tak dapat tengok muka lama-lama sebab cucuk epidural kat tulang belakang.. rupa-rupanya bila dah kena epidural, memang tak rasa pon saket contraction, masa tu dah happy sikitla.. every 2 hours kut nurse ngan doktor datang buat VE. Ade sekali tu temperature tetibe naik, demam!Tetibe je, patutla aku shiverring semacam je..aku cakap kat encik husband kenape macam menggigil ni. tah tahan sejuk plak ke. kena makan panadol dulu.. pastu dah ok dah. Mata dah ngantuk sebab lama sangat nak tunggu..tido kejap, dah pukul 6 lebih dah ni..tak tahan dah rasa nak meneran tapi doktor kata takbule teran lagi..epidural pon dah tak mampu lagi nak tahan sakit tu..nurse bagi pakai oksigen je nak bagi relax sikit..huh..saket jugak tu..bila dah pukul 8 pagi barulah Dr Ayu datang kata dah boleh push ni..

Bila tang nak push ni aku plak yang rasa tak sakit contraction tu..ntah bilenyer nak push.. siap salah push lagi.. Doktor dah bagi warning.. kalau tak push dalam 20 minit ni..nak forcep.. actually plannya memang forcep atau vakuum..tapi doktor kata aku ok je kalau nak push sebab valve aku ni dah repair.. ramai sangat orang kat labourr room tu tengah support push betul2..ingat aku main2 ke?bile rasa saket baru dapat teran dengan betul.. bila tak saket, susah nak teran habis-habisan..akhirnya alhamdulillah setelah doktor tarek tangan aku suh rasa kepala baby kat hujung dah..kesian kat baby tu nak keluar.. akhirnya aku berjaya melahirkan baby aku pada tepat pukul 8.51 pagi..aku memang nak sangat kuarkan baby dengan cepat tapi aku tak sempat nak berlatih teknik pernafasan yang betul yang mak mentua aku penah suruh..heee..

Baby aku kaler merah-merah penuh ngan darah.. masa push tu aku memang tutup mata je.. celik kejap2 je..feeling nak push konon..bile baby dah keluar nurse tanya "anak nurul ni jantina apa?" sambil tunjuk baby kat aku.. hehe.. aku pon jawab dengan bangganya "lelaki"..pastu aku dah lomah longlai dah..

Pengalaman bersalin tu aku buleh accept lagi la.. uri dikeluarkan oleh Dr Jason, hah.. ni lagi la aku tak buleh lupe.. dia mungkin buleh lupakan aku kut.. tapi kalau dia ingat sure dia pon bengang ngan aku sebab aku dah banyak kali terkeluarkan angin depan muka dia.. hehe.. bule plak dia jahit selama 2 jam.. daripada pukul 9 pagi tu sampai pukul 11pagi baru siap.Aku dah jerit-jerit dah kat situ.. rasa nak tendang je doktor tu.. sakit tau tak..siap dah jahit pi bukak balek.. sampai nurse pon kena tunjukkan kat doktor tu cemana nak jahit betul-betul koyak tu..nurse kata koyak teruk sangat..kulit aku kan fragile..sah-sah amek warfarin mesti la cepat luka kalau pi buat episotomi dan cucuk jarum tu.. tapi bagi la aku bius ke ape..sah-sah epidural tu pon dah tak rasa dah.. nangis-nangis aku kena jahit..memang dasat daripada beranak tu..aku dah tepikir dah ape la rupa jahitan yang dia buat tu.. silang pangkah ke sembat susup ke.. aishhh..

Tengah syok-syok doktor tu jahit, aku plak ngah syok-syok terjerit-jerit..nurse datang bawak baby aku nak bagi baby kenal bau dan nipple ibunya.. tapi anak aku takmo pon.. hingus banyak.. kena bawak pi bersihkan lagi.. tapi masa tu badan dah bersih.. takde darah2 dah.. :D encik husband aku bape kali tah jenguk nak tau dah sudah ke belum jahitnya.. so, dalam pukul 11 pagi tu dah siap jahit.. aku kena rehat sampai pukul 12 baru bleh tolak masuk ke high dependency unit (HDU) nak monitor dulu.. maklumlah..patient istimewa.. :P

Mak mentua, abah, abah mentua, 2 orang adik ipar dan along datang melawat hari tu kat HDU..bleh 2 orang je pelawat macam masa kat HKL High Dependency Ward dulu gakla.. tapi kat HDU ni monitor kejap je.. dalam tempoh 24 jam je.. pukul 7 malam baru nurse mintak bawak baby aku untuk breastfeed. Baby takmo..tido je..pastu muak, sebab baru lepas menyusu dengan susu yang sedap..haruslah kenyang takmo susu aku dah.. kat HDU, ibu takboleh jaga baby sendiri, so malam tu tido takde baby kat sisi macam orang lain.. huhu.. Baby plak dok sorang-sorang kat bilik lain, ape specialnya dia?risau aku.. mak dapat tengok dari luar je n encik husband dapat snap sekeping gambar ni..

Riz Junior!

Pediatrician datang tanya soalan macam2 sebab katanya aku ade demam sebelum deliver. Dia nak tau punca-punca demam. Memang aku tak penah demam sepanjang pregnant, kecuali ade batuk dan selsema dalam 5 hari camtu kut.. Dia kata memang baby takde problem tapi just nak tau sebab if baby ade problem boleh cari sebabnya.. erm.. aku plak yang risau.. pastu Dr Kardio plak datang, gaya macam taktau pape sangat je.. tak se-effisyen doktor kat IJN..haruslah kan.. dia kata continue cucuk tu LMWH tu.. pehal plak nih.. bile bleh kuar kalau continue cucuk lagi?aisshh..penin aku..dah mula la bagi arahan yang bukan2 ni.. takpe.. aku kena pikir positif.. terima je la..

However, it is just a wonderful and a memorable experience I've ever had..aku tak mungkin dapat pengalaman ni lagi.. sedey tau..tapi jika diizinkan tuhan.. it is possible to happen.. heee..

Sambung Part II plak...