Monday, May 16, 2011

Happy mother's day to me!

Selamat hari ibu to me!uishh.. lambat plak aku wish hari ibu untuk diri sendiri..dah nak seminggu.. maklumla..takde sape nak belikan kek or hadiah untuk hari ibu.. nanti bile my aqil raziq dah besar, ibu ajar wish kat ibu ek.. buat cupcakes untuk ibu..sayang kat ibu selalu.. heeeee..

First time perasan diri ini dah menjadi seorang ibu.. masa dah jadi ibu ni la baru paham macam mana mama susah payah mengandung n membesarkan kami adik beradik.. bukan sorang tapi 4 orang.. tak terbalas jasa seorang mama itu kepada anaknya.. no wonder kalau anak cuba sakitkan atau kecikkan hati ibu.. konpem ibu memang akan terasa giler dan sedih.. aku pon nak anak aku ingat kesusah payahan ibunya ni mengandung dan melahirkan dalam keadaan risiko yang sangat tinggi..

Apepon.. aku dah wish kat mama masa hari ibu.. cuma lewat sikit je..malam baru nak wish.. bukan ape.. bz sangat.. my raziq sampai kl hari sabtu malam.. ibu kena kemas dapur sebab jumaat tu ade bawak tukang cuci umah tapi dapur tak cuci plak..sangat sepah aku rasa dapur aku.. ahad dah kena keluar beli barang nak bagi babysitter..maka nya..dah sampai umah malam tu baru la wish happy mother's day kat mama..

So, tetibe bile adik aku post video terbaeeekk ni kat fesbuk.. aku pon nak share kat sini la.. mama suka sangat iklan ni.. hebat ibu tunggal jaga anaknya yang seramai tujuh orang ni.. lelaki semua plak tu..


Happy Mother's Day to all mummys.. we are the great mother ever.. heee..

Tuesday, May 3, 2011

Mencari Ketenangan

p/s: Entry kali ni didraft kan 6hb March 2011 pada waktu malam sebelum tido.. tapi hanya pada kali ni je baru sempat dipublish kan..hendak sahaja ku berpesan ketika itu, sekiranya umurku tidak panjang dan anakku selamat dilahirkan.. aku nak kasik wasiat.. cehh.. cam ade peguam plak nak wasiat2 nih.. wasiat mulut je bleh la.. tapi malangnya tak sempat.. ape pon.. aku nak jugak keep this entry supaya aku sentiasa ingat.. ;)

Semakin menghampiri tarikh aku dijangka bersalin, semakin hatiku tidak tenang.. nape ek..?Malam-malam tidur tak lena, bila lena mimpi plak yang tak best.. aku hanya mampu mengingatiNya sahaja ketika ini, saat ini, tak mampu dan tak tertanggung lagi jiwa kacau ni.. sangat tak sabar aku supaya dapat melahirkan baby yang sihat dan sempurna dan waktu itu aku boleh memikirkan baby aku sahaja tanpa perlu memikirkan benda lain yang buat jiwaku kacau.. ni yang tak best bila dah amek cuti bersalin awal.. kalau bz keje.. bleh gak pikir programming je.. bz call user ke.. gossipping ngan opismate ke..

Aku teringat plak lagu Mencari Ketenangan, arwah Achik Spin and Nana nyanyi:

Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan

Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa

Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa

..................


Semoga hati ini dapat ditenangkan dan ditenteramkan.. dah lama takde perasaan macam ni.. tak sukanyeeee.. :(

Updated info : Ketika ini baby aku dah pun selamat dilahirkan dan terlalu banyak untuk diceritakan.. :D
Apepon.. kerana perasaan jiwa kacau ku yang disimpan terlalu lama itu.. baby aku sangat suka menangis, berkerut keningnya, berkerut dahinya.. oleh itu.. ibu-ibu mengandung sekalian, ceria-ceriakanlah diri anda sepanjang tempoh kehamilan.. :)