Thursday, November 25, 2010

Wonderful Part IV

Cont' from previous entry.. Wonderful Part III

 
Minggu 19
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Aku: Setakat ni alhamdulillah..belum ade tanda2 stretchmarks lagi kat perut..maybe belum lagi..

Minggu 20
Pertumbuhan bayi dalam kandungan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Selain itu juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Aku: Makin hari makin aku rasa movement baby. Buat detailed scan lagi di HUKM, nak pastikan baby dalam keadaan normal.. wohoo.. cangih mesin scan tu.. 4D punya.. clear sangat2 nampak baby tu..patutla movement dia makin hari makin banyak.. rupanya.. 360darjah berpusing.. kejap terlentang.. kejap2 terlangkup.. malu2 tapi mahu..taknak jugak tunjuk muka.. makin risau aku.. surprise la tuh konon.. maka staff tu pon scan la bahagian lain dulu walaupon biasanya akan scan dari bahagian atas ke bawah.. antaranya:
1. Tunjuk kat mana tangan.. ade kanan dan kiri.. jari insyaAllah cukup..
2. Peha dan kaki kanan dan kiri.. ukur tapak kaki cantik tapak kaki dia..
3. Bahagian kepala, otak..
4. Tulang belakang..
5. Buah pinggang
6. Concentrate kat jantung.mana aorta, ade 4 chamber, flow in flow out pon ok.. setakat ni nampak takde jantung berlubang.. (maybe since aku ade history Mitral Valve Replacement tu) macam2 lagi scan la sampai tak ingat dah..
7. Last sekali baru baby pusing tunjuk muka tu pon lepas kena tolak2 sikit..



Alhamdulillah.. tu pon dah syukur kepada Allah dah.. Sehat tubuh badan.. Selain daripada itu, aku still lagi berdoa supaya Allah sempurnakan anak aku fizikal dan mental..Amin..

Minggu 21
Kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang.
Aku: Memang dah start saket2 belakang. Berbekalkan bantal kecik tempat bersandar kat workplace ni, harap memadai untuk menghadap pc dalam jangka waktu yang lama. Darah menjadi semakin pekat, Warfarin dari 3mg kena up sikit jadik 3.5mg.. dosage yang tinggi sikit, bila tanya pharmist kenape suddenly darah jadik pekat?rupaya memang ibu2 yang mengandung ni.. darah dia akan pekat sikit bagi kemudahan bila bersalin.. darah cepat beku, maka luka lekasla baik..

Minggu 22
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi juga menjadi semakin aktif. Ibu-ibu sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi.
Aku: Lebih suka mengusap perut as a tanda kasih sayang aku kat dia..sengal jugak perut ni bila baby selalu gerak2 especially bila dengar lagu, lebih kuat lagi sewaktu dibacakan ayat-ayat dalam Al-Quran..

Minggu 23
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Aku: It is true, kulit muka takde masalah.. lebih halus n licin.. tak tipu punya..

Minggu 24
Berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya didapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Aku: Selera pon dah bertambah2 bile masuk 2nd trimester ni.. berat naik dah sehingga 53.5kg.. happy walaupun tak gemok.. Alhamdulillah muka tak sembap pon lagi.. minum air masak makin banyak..maka buang air pon makin kerap.. badan cepat berpeluh..

Wednesday, November 24, 2010

Wonderful Part III

Cont' from previous entry.. Wonderful Part II

Minggu 13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh.
Aku: Dr Mahmood yang merawat aku sewaktu procedure stabilisation di IJN order start warfarin pada minggu ke 14 dan stop heparin pada minggu ke 15. Warfarin ni ambil masa untuk serasi semula dengan darah dan bagi mendapatkan bacaan INR yang sesuai untuk aku.. (within range 2.5-3.4). Aku berjaya melalui tempoh 1st trimester! sampai dah raya pon! Sangat happy sebab tak perlu cucuk lagi di perut, tapi sangat susah hati bila dah mula start warfarin semula.

Minggu 14
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya.
Aku: Baju-baju dan seluar-seluar baru dah dibeli sebab banyak dah tak muat. Perut semakin membesar. Masalah sembelit kerap pulak..even banyak makan buah2an..sebab tekak rasa nak makan buah-buahan untuk hilangkan nauseas. Hahaha.. petanda jantina anak..

Minggu 15
Bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan.

Minggu 16
Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu 17
Rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen.

Minggu 18
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Aku: Masa ni aku dah rasa ade 'butterflies in the stomach'.. hehe bukannya nerveous..tapi memang macam ade movement dalam perut..tapi sikit sangat..

to be continue..

Wonderful Part II

Cont' from previous entry.. Wonderful Part I

Minggu 6
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan..
Aku: Setelah diyakini aku boleh cucuk heparin dengan sendiri, aku pon discharge dari wad pada 12/07/2010 dan MC sehingga 15/07/2010. Mintak IJN plak refer kan ke gynee HUKM.. nak follow up n beranak kat sana..Still aku taktau condition janin dalam perut aku ni..

Antara alatan mencucuk: heparin, picagari, jarum cucuk untuk ambil heparin (panjang sikit pun takpe), jarum pendek untuk cucuk kat perut dan jugak alcohol swab (sapu botol sebelum ambil ubat dan sapu perut sebelum cucuk)


Minggu 7
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Aku: First time datang appointment di HUKM, macam diorg takmo amek kes aku je.. ahhh. sume hospital camtu..takut amik patient berisiko cam aku..abes.. ape guna teknologi canggih2 plus ngan doktor buat research yang macam2.. kasik experimen la ini patient..

Minggu 8
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pda kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Aku: masa ni aku dah rasa sangat letih sangat penat sangat mengantuk..lesu sangat2..minggu ni jugak aku dah sensitif pada bau..Mula neasus and vomiting all day long. Aku dah tak suffer morning sickness macam orang lain coz aku suffer dari pagi sampai malam..very severe morning sickness, aku mengalami hyperemesis gravidarum..Huh.. ibu2 yang terpilih je (1% in all pregnancies) boleh merasa betapa sukarnya nak menghadapi tiap2 hari waktu tu. Encik husband terpaksa buat macam2 keje yang selalu wifey dia buat and terpaksa membeli ape sahaja makanan yang bagi membolehkan wifey dia tak muntah.. sebab apa sahaja yang aku makan akan muntah semula..
Ngidam nak makan bubur lambuk.. mana nak carik belum bulan pose lagi.. maka makan bubur mcD je la..
Alhamdulillah mak mentua aku rupanya memang pandai masak bubur lambuk.. :D seronok dapat makan..

Minggu 9
Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci.
Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini.
Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum.
Aku: Scan di HUKM..dah nampak jantung baby n rahim pon ok..Alhamdulillah sebab aku nampak sack tu tak kosong seperti tahun lepas sebab missed misscarriage..masa ni dah jumpe ngan Pakar O&G Dr Lim.. lega sikit bile dapat jumpe pakar berbanding jumpe MO masa 1st appointment.

Minggu 10
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada minggu ini, payu dara akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Aku: Perut dah makin membesar. tapi berat badan makin menurun..doktor kata normal sebab aku selalu muntah2.. makan je la pape yang boleh dimakan walaupon muntah at least ade jugak menda yang masuk mulut.
Tips pada ibu2 mengandung, sila la makan biskut kering untuk mengatasi nausea and vomiting yang teruk tu..
ianya sangat membantu..rehat lebih banyak lagi walaupon nampak macam orang pemalas..hehe..

Minggu 11
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Bayi mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Aku: Ramadhan dah bermula masa ni..aku pose jugak walau muntah2 dengan tak sengaja. ini semua sebab angin dalam perut dan pada ketika ini ibu2 yang mengandung mempunyai tahap penghadaman yang sangat lambat. Ibu-ibu yamg mengandung dibolehkan tidak berpuasa sekiranya memudaratkan bayi dalam kandungan. Setiap kali selepas cucuk heparin tu, setiap kali itu la aku rasa mengantuk yang amat sangat..sampai kat opis mengantuk tahap gaban.. bila cucuk lepas berbuka puasa pon ngantuk tahap naga.Memang tertido sampai bangun sahur pagi esoknya. Aku belek2 botol heparinol tu.. sebab ade alkohol sikit ke penyebab mengantuk tu?pelik jee..simptom ibu mengandung memang asik nak tido je tapi ni dah sampai ke tahap max dah kemalasan aku tu..Berat aku daripada 45kg menurun sehingga 35kg (sama berat masa zaman blaja kat U dulu which is before Mitral Valve Replacement). Masa ni la jugak teringin nak makan 'sambal tok': ikan bilis tumbuk dengan cilikering dan bawang merah pastu goreng sampai garing.. terbaeekk. dapat makan jugak sebab mama masakkan.. :D

Minggu 12
Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya.
Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Aku: Gynee mintak aku buat NT Scan (Nuchal Translucency Scan) which is scan secara detail untuk tahu sama ada terdapat defect pada janin atau tidak. Masa ni aku cuak sangat2.. aku memang mempunyai possibility tu sebab effect dari ubat warfarin.. Alhamdulillah.. baby sehat and thanks to staff(sonographer kut) yang buat NT Scan kat Tingkat 1 HUKM.. Diorang ukur ketebalan cecair belakang baby dan ketebalan cecair tu adalah normal.. 1.2mm, if out of range 3mm then tu dikira as abnormal. Syukur..

Ngam 12weeks

to be continue..

Saturday, November 20, 2010

Wonderful Part I..

Just nak share ngan bakal2 ibu atau bakal2 berkahwin dan akan menempuh waktu kehamilan. Source adalah berdasarkan dari: www.mengandung.com/newsletter/ . Memang menempuh alam kehamilan tu sangat indah dan kadangkala rumit..setiap orang berbeza pengalaman..

Minggu 1
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Aku: dah amalkan asid folic beberape bulan sebelum tu..beli jenama appeton, mahal sikit.. kalau kat farmasi murah je.. satu papan tu bule dapat harga kurang dari RM1.

Minggu 2
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4
Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai).
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Aku: Ketika ini, baru tau missed period..so kena buat pregnancy test dengan segera.. bleh beli kat farmasi jenama murah pon berkesan je.. positif bila ade 2 line.. maka sila la confirm kan kat klinik.. disebabkan aku sangat berisiko tinggi.. aku mintak klinik refer kan aku ke IJN..


Minggu 5
Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Aku: Dengan segera pegi emergency hari Sabtu sebab klinik INR tak buka, tapi malangnya staff kat situ kata kena pegi klinik INR jugak, tunggu isnin. Isnin (05/07/2010) terus ke Klinik INR and as a patient to the team of Tan Sri Dato' Seri Dr. Robaayah Zambahari, maka Dato' Dr. Balachandran (previously my consultant) di IJN telah dihubungi. Aku diarahkan untuk ditahan wad dengan serta merta. Admit ward IJN untuk procedure stabilisation (convert warfarin to heparin) , belajar nak cucuk heparin sendiri. Hard to believe kan? 2 times a day kat perut secara subcontenous.Yang ni memang takde berlaku kepada ibu2 sehat yang lain.. :P

Entry yang sangat lengkap di wad IJN kat blog encik husband.

to be continue..

Friday, November 12, 2010

Blog Warming

Hello and Assalamualaikum..
Yes.. finally.. aku berjaya menulis untuk first blog entry kat sini.. lama sungguh simpan cita-cita nih.. tapi tahap kemalasan yang amat melampau maka, lambatla terlaksana cita2 tu..Nak simpan cerita ceriti kat sini sebab journey life aku tak sama ngan orang lain. Bulan ni jugak aku akan melalui detik pernambahan angka kat umur aku.. :P deee..dah tua rupanya aku nih.. hampir 3 series dah nih.So.. my wishlist untuk birthday aku ni tak lain tak bukan hanyalah berdoa kepada Allah supaya menjadi seorang isteri, bakal seorang ibu dan seorang anak yang soleh.. juga dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah.. bahagiakan keluarga aku dunia dan akhirat.. Amin..